KUALA LUMPUR: Kira-kira 60,000 pelajar berusia antara 12 hingga 18 tahun di negara ini dikesan ketagih facebook dengan menghabiskan sekurang-kurangnya empat jam sehari melayari internet terutama laman sosial Facebook (FB). Ketagihan facebook & internet menyebabkan pelajar terbabit kerap menipu, mencuri, antisosial dan berubah menjadi seorang yang pemarah sekiranya keinginan mereka tidak dapat dipenuhi.
Beberapa kajian terbaru terhadap pengaruh web sosial Facebook, Twitter dan Google mendapati laman sosial itu juga mencetuskan ketagihan umpama dadah .Penagih kategori baru itu bertindak seperti orang yang tidak diberi dadah apabila dipaksa untuk tidak menggunakan internet dan media elektronik yang lain.