VIRUS Stuxnet yang merosakkan program nuklear Iran tahun lalu adalah satu daripada lima senjata siber yang dibangunkan menerusi platform tunggal yang pernah dikesan pada 2007, demikian menurut kajian baru dijalankan oleh firma keselamatan dalam talian Russia, Kaspersky Lab.
Pelancaran kesinambungan kempen pendidikan dan kesedaran perlindungan siber intensif menerusi kerjasama syarikat peneraju penyelesaian kandungan keselamatan dan pengurusan ancaman, Kaspersky Lab dan Plaza Low Yatt adalah mekanisme terbaik kepada masyarakat di negara ini untuk menangani jenayah siber.