KOTA BHARU, 18 Dis: Kerajaan Negeri Kelantan akan menganjurkan Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Kreatif Kelantan yang bakal berlangsung selama dua hari bermula 20 Disember ini.
Sempena sambutan Karnival Malaysia Inovatif 2010 bertemakan Meraikan Kreativiti, satu pertandingan inovasi peringkat zon akan diadakan. Pertandingan ini memberi peluang mengiktiraf usaha inovasi serta kreativiti yang menjana idea, ciptaan dan produk baru dalam sains dan teknologi di peringkat akar umbi ke arah penghasilan kekayaan serta dapat dimanfaatkan untuk kesejahteraan masyarakat. Berikut adalah syarat dan borang […]