ANIMONSTA Studios Sdn Bhd (Animonsta) bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bakal menjalin kerjasama dalam bidang teknologi animasi bagi membina taman tema bergerak Dunia Futuristik BoboiBoy (DFB) bernilai RM1 juta menjelang akhir tahun ini.
GELAGAT comel kanak-kanak mempunyai kuasa super menentang makhluk asing bergelar Adudu yang berkepala botak dalam siri animasi tiga dimensi (3D) BoBoiBoy cukup menghiburkan dan mencuit hati penonton.