Sandbox

Sandbox is a multipurpose HTML5 template with various layouts which will be a great solution for your business.

Contact Info

Moonshine St. 14/05
Light City, London

info@email.com
00 (123) 456 78 90

Learn More

Follow Us

PENDEDAHAN TEKNOLOGI FILEMAKER

(Jangkamasa Kursus 1 Hari – RM280 seorang)

Matlamat

Membolehkan para peserta menikmati keselesaan pelbagai ciri serta kefungsian yang ada dalam FileMaker. Menjadi pemangkin dan pendorong positif untuk merangsang mereka untuk memindahkan data mereka yang sedia ada. Sama ada dari format Words, Excel, Access yang perlukan kepada lesen perisian Microsoft Office. Bahkan juga dari mana-mana sistem pengkalan data sedia ada termasuk MySQL, Microsoft SQL & Oracle ke persekitaran FileMaker yang lebih berkemampuan & berkapasiti tinggi. Mencongak sendiri penjimatan kos pembangunan sistem & lesen tahunan perisian (Total Cost of Ownership) yang mampu dinikmati. Meneroka kemungkinan membangun sendiri pengkalan data, tanpa bergantung harap kepada pihak Unit IT atau pakar pembangun perisian luar, yang sukar memahami keperluan dan kehendak yang Tuan/Puan inginkan.

Menghayati sendiri kekuasaan & kesenangan yang dimiliki oleh FileMaker, dalam mengolah & mempersembah semula data sedia ada dalam pelbagai jenis laporan yang senang dijana & mudah difahami. Merasai sendiri bagaimana untuk merekabentuk & menyusunatur paparan input data sebagaimana yang anda kehendaki. Lihat sendiri bagaimana FileMaker mampu melakukan banyak kefungsian pengolahan data seperti makro Excel hanya dalam beberapa saat dan TIDAK berjam-jam lamanya. Asas penulisan skrip aturan prosesan data yang mudah akan turut didedah, bagi menyakini wujudnya pengaturcaraan tanpa perlukan Diploma Sain Komputer.

Sasaran Peserta

Sesiapa sahaja yang ingin mengurus APA SAHAJA data peribadi, maklumat perniagaan, persatuan, NGO dan organisasi dengan lebih tersusun, terkawalselia, mudah diuruskan, senang dikongsikan serta menjimatkan kos. Berbanding dengan pendekatan pembangunan sistem pengkalan data sedia ada didalam pasaran. Tanpa bergantung sangat dengan peruntukkan tinggi & kefahaman pihak Unit IT atau kecekapan pembangun perisian luar untuk menterjemah hasrat bagi merekabentuk satu sistem yang mudah & senang digunapakai. Amat sesuai bagi mereka yang terlalu banyak menghabiskan masa mengurus data dalam format Words & Excel, yang lambat keupayaan serta terhad keupayaan fungsi pengurusan pengkalan data. Pilihan tepat bagi mereka yang ingin lari dari asyik terkena makro virus yang mudah tersebar melalui fail format Excel.

Penyampai Kursus : Sallehuddin Sa’ad ( Din Kelate )

Mempunyai 13 tahun pengalaman dalam pembangunan pengkalan data berasaskan FileMaker. Membantu pihak PPSP USMCK, British Malaysian Institute-Univeristy Kuala Lumpur, Pertubuhan Peladang Kawasan + KADA, Kastam Diraja Kelantan, Percetakan Nasional serta beberapa organisasi & syarikat-syarikat swasta lain membangun pelbagai sistem pengkalan data canggih tapi menjimatkan serta senang digunapakai.

Lokasi Kursus  : Bilik Latihan, ICT Incubator Centre

Lot 2.78 – 2.79, KB Cyber Plaza, 15050 Kota Bharu, Kelantan. Bagi tujuan pendaftaran dalam talian, sila layari laman sesawang ini www.ejoesolutions.com/ict-training/filemaker-training. Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi talian berikut : 017.968 5181 ( Ejoe ) atau 019.985 0663 ( Zamhari ).

Harga Promosi

RM499 RM250 seorang (Diskaun Rm30 untuk peserta berkumpulan)

Muat Turun Brochure FileMaker

kursus photoshop Download Brochure

daftar-sekarang