KUALA LUMPUR – Pengguna di Malaysia lebih banyak berbelanja secara dalam talian atau beli online dan yakin terhadap keselamatan dalam talian, demikian menurut hasil Kajian Membeli-belah Dalam Talian MasterCard Worldwide tahun lepas di 25 negara.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] beli online

Lima ratus pengguna Malaysia berusia antara 18 dan 64 tahun mengambil bahagian dalam kajian yang dijalankan antara 5 Dis, 2011 dan 12 Jan, 2012.

Beli online meningkat

Kajian itu juga mendapati bilangan pengguna yang membeli-belah secara dalam talian atau beli online meningkat 12 peratus daripada 55 peratus pada 2010.

“Peningkatan ini sebahagiannya disebabkan oleh tahap keyakinan tinggi dalam kalangan pengguna di Malaysia dalam membeli-belah dalam talian – 36 peratus pada  2011 bimbang terhadap isu keselamatan berbanding 39 peratus pada 2010,” kata MasterCard Worldwide dalam satu kenyataan.

Ia berkata berdasarkan peningkatan keyakinan secara kumulatif untuk membuat belian dalam talian, kajian itu juga menunjukkan peningkatan nilai perbelanjaan merentas pelbagai kategori.

Naib Presiden dan Pengurus Kanan Negara (Malaysia dan Brunei) MasterCard Worldwide, Jim Cheah berkata pengguna tempatan kini semakin canggih dan bijak membuat belian secara dalam talian, dan selain itu, Internet juga merupakan bahagian penting dalam hidup mereka.

“Walaupun majoriti (71 peratus) responden berkata mereka lebih suka menggunakan komputer riba untuk membeli-belah, telefon mudah alih juga menjadi peranti pilihan untuk membeli-belah dalam kalangan pengguna Asia dalam pasaran membangun.

“Membeli-belah secara dalam talian juga semakin meningkat di Malaysia, dengan 25 peratus responden Malaysia melakukan transaksi menerusi telefon mudah alih masing-masing dalam tempoh tiga bulan lepas,” katanya dipetik berkata dalam kenyataan itu.- Bernama

Kedai online di Kelantan

STC Network – Kedai spare part laptop dan komputer
Jafar Rawas – Kedai buku islamik, ubat-ubatan dan sebagainya

ejoeSolutions sediakan khidmat membina laman web e-dagang

Seperti yang anda semua tahu, salah satu perkhidmatan yang ditawarkan ejoeSolutions ialah pembinaan laman web eCommerce. Kami juga sekarang ini sedang menjalankan Promosi pembinaan laman web eCommerce atau e-dagang ingin dengan harga mampu milik iaitu RM299 sahaja.

Kami juga yang mempunyai pejabat tetap di KB Cyber Plaza Kota Bharu Kelantan untuk memberikan perkhidmatan terbaik termasuk servis selepas jual.

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *