Tonton, portal video nombor satu di Malaysia, sekali lagi mencatat kejayaan berjaya merangkul Anugerah Inovasi Malaysia GoMobile untuk kategori hiburan.
[adsenseyu6] | ![]() |
Anugerah Inovasi Malaysia ini memberi pengiktirafan pencapaian dan usaha pembangunan produk mudah alih yang inovatif serta cemerlang keluaran tempatan. Pemenang dipilih melalui penjurian rakan industri mudah alih di Malaysia serta Maxis.
Pengurus Besar Kumpulan Media Baru dan Pemasaran Bersepadu, Media Prima Berhad, Lam Swee Kim berkata, syarikat terharu dan berbangga pencapaian dan pengiktirafan rakan industri. Bilangan tontonan untuk aplikasi mudah alih Tonton meningkat cepat, malah mencatat angka tinggi iaitu 2.7 juta tontonan sebulan.
Channel Tonton
Tonton kini menawarkan 15 saluran termasuk TV3, NTV7, 8TV, TV9, Tonton Korean, Gua TV, KRU TV dan banyak lagi.
Saluran pendidikan Tonton Learn juga diperkenalkan dengan sasaran golongan remaja, menawarkan video ulang kaji dan tutorial untuk pelajar bakal menghadapi peperiksaan di sekolah rendah dan menegah. Tonton Kids pula bakal dilancarkan mulai 24 Mei ini. -sinar harian