KUALA LUMPUR – Satu pindaan kepada Akta Perdagangan Elektronik 2006 yang bertujuan melindungi hak-hak pengguna yang terlibat dalam ecommerce (e-dagang) akan dibentang di Parlimen oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada April depan.

e-dagang

Timbalan Menterinya, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, pindaan terhadap akta itu perlu dilakukan bagi menjamin pengguna atau peniaga yang terlibat dalam e-dagang tidak menjadi mangsa jenayah siber, yang semakin meningkat sejak akhir-akhir ini.

“Serangan alam siber dilihat semakin berleluasa sejak ledakan teknologi maklumat (IT) menjadi sebahagian daripada cara hidup seharian kita, dan dalam masa yang sama, ia menjejaskan khalayak yang terlibat dalam e-dagang.

“Justeru, pindaan akta itu, yang akan dibentang nanti, akan bukan sahaja dapat melindungi pengguna malah juga mengawal jenayah ini daripada berleluasa dengan mengambil tindakan undang-undang sewajarnya kepada penjenayah yang terlibat dalam kegiatan tersebut,” katanya selepas sidang media Persidangan dan Pameran Infosecurity Sedunia 2012 (ISWec 2012) di sini hari ini. – Bernama

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *