KUALA LUMPUR 5 Jun – MyTeksi Sdn. Bhd. hari ini melancarkan perkhidmatan penghantaran teksi dengan GPS (Sistem Penentu Kedudukan Sejagat) yang membolehkan penumpang mendapatkan teksi yang berada paling dekat dengan mereka dengan mudah.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] myteksi

Pengurus Besarnya, Chew Wei Chuan berkata, syarikat itu akan pertamanya menumpu kepada menyediakan penyelesaian terbaik bagi memadankan penumpang dengan pemandu teksi di Lembah Klang.

MyTeksi ke Asia Tenggara

Tahun depan ia merancang menembusi pasaran Asia Tenggara, katanya selepas pelancaran aplikasi MyTeksi di sini.

“Aplikasi MyTeksi itu yang dibangunkan dan diuji sejak September tahun lepas menerima lebih 500 tempahan sehari ketika ini,” katanya.

Kira-kira RM500,000 dilabur untuk membangunkan teknologi itu dan aplikasi tersebut merupakan yang pertama di negara ini yang menggunakan teknologi berasaskan telefon pintar bagi tempahan dan penghantaran teksi.

Perkhidmatan itu dikuasakan oleh teknologi Machine-to-Machine Maxis, serta memanfaatkan perkhidmatan rangkaian 3G dan 2G meluasnya di Malaysia. – BERNAMA

Laman web rasmi ialah http://myteksi.com/

admin
admin

1 Comment

  1. ejoeSolutions Sasar 50% pemandu aktif guna MyTeksi » ejoeSolutions
    26/11/2013

    […] menyasarkan 50 peratus atau seorang daripada dua pemandu teksi aktif di negara ini menggunakan aplikasi tempahan teksi atas talian dikenali MyTeksi dalam tempoh 12 bulan akan […]

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *