JOHOR BAHRU 25 Ogos – Belum pun reda isu penggunaan gambar Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar pada kain rentang ceramah sebuah parti politik baru-baru ini, timbul pula isu lain yang boleh menimbulkan kemurkaan keluarga diraja Johor.
Terbaru, ada individu yang didakwa menyamar sebagai Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibrahim dalam laman sosial Facebook.
Laman dikenali ‘Diari Harian Tunku Mahkota Johor’ itu dipercayai dikendalikan oleh seorang individu yang dikenali sebagai ‘Miky’ dan dikatakan mempunyai kira-kira 10,000 peminat.
Usaha Utusan Malaysia untuk menyertai laman sosial itu tidak berhasil apabila akaun berkenaan telah dinyah aktifkan.
Pada masa sama terdapat beberapa kumpulan telah ditubuhkan di laman itu yang menentang perbuatan individu terbabit dan menggesa tindakan tegas dikenakan.
Selain memuat naik gambar dan aktiviti Tunku Ismail Ibrahim, individu tersebut juga sebelum ini melayan komen-komen peminat yang menyangkakan dirinya ialah TMJ sebenar.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, pihaknya telah menerima laporan mengenai laman sosial itu semalam dan sedang menjalankan siasatan terperinci isu tersebut.
“Perkara ini pasti akan menimbulkan lagi kemurkaan Sultan Johor dan keluarga baginda. Polis sedang bekerjasama dengan Bukit Aman bagi memburu suspek yang terlibat dan kes ini disiasat mengikut Akta Hasutan 1948.
“Perkara ini adalah sesuatu yang sangat serius kerana ia melibatkan institusi raja dan perkara ini ternyata melampaui batas,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, di sini hari ini.
Mohd. Mokhtar bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai lokasi suspek serta sebarang kaitan antara suspek dan keluarga diraja Johor kerana kes tersebut masih dalam siasatan.
Sebelum ini, media melaporkan kemurkaan Sultan Ibrahim apabila gambar baginda digunakan pada satu kain rentang ceramah sebuah parti politik awal bulan ini.
Mohd. Mokhtar berkata, polis akan mengambil keterangan beberapa lagi individu bagi membantu melengkapkan kertas siasatan kes pengguna gambar Sultan Ibrahim sebelum dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
Kad Kahwin Murah
02/09/2010Salam eJoeSolutions,
nak tumpang tanya, page yang fake tu dah dipadam ke?
sebab saya nak jua tengok apa isi kandungan nya. cari cari tak jumpa dah. 🙁
admin
02/09/2010sudah didelete sejak hari pertama laporan dibuat…
Facebook hina Sultan Johor disiasat « ejoeSolutions
16/10/2010[…] Ogos lalu, ada individu yang didakwa menyamar sebagai Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam laman sosial […]
Lagi penyamaran Facebook
10/11/2010[…] ini terdapat individu yang didakwa menyamar sebagai Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibrahim dalam laman sosial […]
Kesalahan siber sudah meningkat 127 peratus | ejoeSolutions
27/01/2011[…] antara aktiviti yang banyak dikesan ialah serangan peribadi bermotifkan politik, pornografi, penipuan dan penyebaran virus,” […]
Fenomena Laman Sosial Facebook Dalam Masyarakat - ejoeSolutions
21/10/2011[…] Walaupon banyak faedah dan kebaikan daripada perkhidmatan facebook, terdapat jugak pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mengeksploitasi penggunaanya dengan menyamar atau melemparkan fitnah kepada pihak-pihak lain. Tidak terlepas Tengku Mahkota Johor dimana terdapat individu yang tidak bertanggungjawab menyamar sebagai TMJ dalam facebook. […]
Fenomena Laman Sosial Facebook | Action RICH Solution
04/11/2011[…] Walaupon banyak faedah dan kebaikan daripada perkhidmatan laman sosial facebook, terdapat jugak pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mengeksploitasi penggunaanya dengan menyamar atau melemparkan fitnah kepada pihak-pihak lain. Tidak terlepas Tengku Mahkota Johor dimana terdapat individu yang tidak bertanggungjawab menyamar sebagai TMJ dalam facebook. […]