Sebelum ini sambutan hari keputeraan sultan kelantan diraikan oleh semua penduduk negeri kelantan pada setiap 30 dan 31 Mac setiap tahun. Bermula tahun ini sebagaimana yang dilaporkan oleh Bernama, tarikh baru bagi sambutan hari keputeraan Sultan Kelantan, iaitu Sultan Muhammad V telah dipinda ke tarikh baru iaitu pada 11 dan 12 November setiap tahun.
Tarikh baru sambutan hari keputeraan sultan kelantan tersebut juga telah diwartakan pada 23 Disember tahun lalu. Tarikh 11 dan 12 November tersebut juga di isytiharkan sebagai cuti umum bagi negeri kelantan.
Setiausaha kerajaan negeri Kelantan Datuk Mohd Aiseri Alias juga memaklumkan kerajaan negeri kelantan pada 1 Disember tahun lepas juga telah bersetuju dengan pindaan tarikh sambutan hari keputeraan sultan kelantan tersebut.
Untuk makluman juga tarikh 11 dan 12 November merupakan tarikh sambutan hari keputeraan manakala tarikh lahir sebenar sultan kelantan sekarang iaitu Sultan Muhammad V adalah pada 6 Oktober.
Sumber- Artikel ‘Kelantan Sets Up Special Committee To Look After Former Sultan’s Interest‘ -Bernama.
Kota Bharu bermandikan cahaya - ejoeSolutions
11/11/2011[…] dan disepanjang jalan-jalan utama menuju pusat bandar. Kemeriahan ini adalah sempena menyambut Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad […]
Banner Merah sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan - ejoeSolutions
11/11/2011[…] untuk menyambut Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke V semakin ketara apabila hampir kesemua kedai di Kota Bharu telah manaikkan […]
Dapatkan Giveaway sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan - ejoeSolutions
11/11/2011[…] menyambut Hari Keputeraan Sultan Kelantan pada 11 dan 12 November 2011, ejoeSolutions ingin memberikan Giveaway berupa sehelai t-Shirt […]
Ribuan saksi ulangtahun Hari Keputeraan Sultan Kelantan - ejoeSolutions
11/11/2011[…] di Padang Merdeka Kota Bharu untuk menyaksikan majlis istiadat meletak kerja dan perbarisan sempena ulang tahun hari keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V Yang Ke-42 yang disambut hari […]
Kota Bharu bermandikan cahaya | come2kelantan.my
15/01/2012[…] dan disepanjang jalan-jalan utama menuju pusat bandar. Kemeriahan ini adalah sempena menyambut Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad […]