Menjelang suku pertama tahun 2012, Astro akan mengedarkan 50,000 buah dekoder dan piring satelit NJOI kepada peserta program eKasih. TV percuma NJOI adalah bertujuan untuk menyediakan rancangan berunsur pembelajaran, hiburan, maklumat dan sukan secara percuma.
![]() |
[adsenseyu7] |
Pada majlis pelancaran NJOI hari ini, turut hadir ialah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum dan Pengerusi Astro Datuk Badri Masri
Fasa NJOY
Fasa pertama Astro menyediakan dekoder percuma bagi golongan yang miskin atau tak berkemampuan.
Fasa kedua pula dengan pelanggan boleh membeli dekoder dan piring, memasangnya dan mula menikmati perkhidmatan berkenaan.
Fasa ketiga fasa ketiga pula, pelanggan NJOI boleh memilih sama ada membeli kandungan tambahan mereka sendiri, daripada menu produk dan perkhidmatan menerusi mekanisma prabayar, yang akan disediakan menjelang pertengahan 2012,
Pakej & Saluran NJOI
Penonton boleh menonton 37 perkhidmatan TV dan radio seperti Astro Tutor, Astro Vanavil, Astro Prima, Astro Oasis, Astro Awani, Bernama TV, Astro AEC, Jia Yu, Makkal TV, iView, iMus, TVi, TV1 dan TV2. – bernama
Maklumat lanjut boleh dilayari di http://www.astro.com.my/njoi/
2 Comments
Would you like to share your thoughts?
You must be logged in to post a comment.

Pelanggan Astro Njoi bertambah » ejoeSolutions
31/05/2013[…] telah melancarkan NJOI pada tahun lepas, yang memberikan para penonton akses terhadap 19 rangkaian TV dan 20 rangkaian radio, dengan hanya […]
Tanpa Wayar
03/02/2015Jom tgk Maharaja Lawak Mega final pada 6 Febuari 2015 di Astro Njoi
Reload dan langgan saluran Warna.
Whatsapp 019-527 6063 utk prepaid Astro Njoi