DALAM tempoh tidak sampai 18 bulan, portal video terulung Malaysia, Tonton berjaya memperoleh jumlah pendaftaran keahlian lebih dua juta dan berada pada landasan tepat untuk menarik sekurang-kurangnya 500,000 keahlian baru menjelang hujung tahun ini.
![]() |
[adsenseyu7] |
Pengurus Besar Kumpulan Media Prima Bhd (MPB), Lam Swee Kim berkata, pencapaian itu membuktikan saluran media baru membabitkan dunia penyiaran televisyen Internet berkembang secara pesat.
“Tonton menerima lebih 29 juta tontonan pelawat dan membekalkan lebih 31 juta video kepada pelanggan di seluruh dunia, tahun lalu.
Keyword Tonton di engin carian Google
“Malah, Tonton juga tersenarai antara peningkatan terpantas dalam carian Google pada 2011,” katanya di Petaling Jaya, semalam.
Hadir sama, Ketua Bahagian Media Baru MPB, Datuk Zainul Ariffin Mohamed Isa dan Pengurus Besar Landasan dan Teknologi Alt Media Sdn Bhd, Paul Moss.
Sementara itu, bercakap kepada Bisnes Metro, Paul berkata, Alt Media akan melancarkan Tonton dalam bentuk kompak, Tonton Lite untuk versi mudah alih sama ada penghujung Jun atau awal Julai ini. -hmetro
1 Comment
Would you like to share your thoughts?
You must be logged in to post a comment.

Portal tonton menang Anugerah Inovasi Malaysia GoMobile - ejoeSolutions
16/05/2012[…] berbangga pencapaian dan pengiktirafan rakan industri. Bilangan tontonan untuk aplikasi mudah alih Tonton meningkat cepat, malah mencatat angka tinggi iaitu 2.7 juta tontonan […]