CYBERSECURITY Malaysia dipilih rakan kongsi program antarabangsa, Stop.Think.Connect yang diasaskan organisasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terkemuka dunia termasuk Facebook, Google, Intel, Microsoft, AT&T dan Yahoo!.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] CyberSecurity

CyberSecurity Malaysia

Ketua Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Leftenan Kolonel (B) Datuk Husin Jazri, berkata program itu bertujuan menyebarkan mesej Stop.Think.Connect kepada semua pengguna internet menerusi rakan kongsi bagi negara yang terbabit.

Katanya, setiap negara yang terbabit dengan program itu akan memiliki domain tersendiri dengan domain bagi Malaysia adalah stopthinkconnect.my.

“Sebagai rakan kongsi program ini, kami perlu berusaha memupuk, menimbulkan kesedaran dan menyediakan maklumat berhubung penggunaan kandungan Stop.Think.Connect secara percuma kepada pengguna khususnya pelajar.

“Walaupun program Stop.Think.Connect ini adalah program antarabangsa, objektifnya adalah sama iaitu memupuk budaya keselamatan siber dikalangan generasi muda,” katanya pada pelancaran program DiGi CyberSAFE di Kuala Lumpur, semalam.

admin
admin

Would you like to share your thoughts?