DENGAN hanya bermodalkan pembayaran sekali RM600, golongan usahawan bagi semua jenis perniagaan kini berpeluang menyewa sebuah kedai online menerusi portal Kedaihyper.com, sekali gus berpotensi mengembangkan perniagaan mereka ke serata dunia.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] kedai online

Pengasasnya, Saiful Rahmad Mohamad Idris berkata, dengan mendaftar dengan Kedaihyper.com, pengusaha bukan saja diberi laman web, malah menikmati pelbagai kemudahan lain antaranya reka bentuk percuma, e-mel, galeri produk dan video serta sistem pengendalian perniagaan, bergantung kepada keperluan masing-masing.

Kedai online dari Kedaihyper.com

“Secara ringkasnya, Kedaihyper.com bertindak seolah-olah satu kompleks beli-belah maya, manakala pelanggan kami ialah orang yang menyewa kedai di dalamnya. “Menariknya, kedai yang disewa itu lengkap dengan pelbagai kemudahan dikehendaki pemilik kedai, termasuk sistem keselamatan yang sangat ampuh.

“Setakat ini kami adalah syarikat pertama di negara ini yang menawarkan perkhidmatan menyeluruh seperti ini dan dengan bayaran sangat berpatutan serta boleh dikatakan tidak ada risiko langsung untuk mengalami kerugian,” katanya kepada Bisnes Metro di Kajang, baru-baru ini.

Beliau berkata, Kedaihyper.com menawarkan empat pakej menarik kepada usahawan iaitu versi ‘Classic’ dengan caj RM600, ‘Deluxe’ (RM800), pakej Blackberry yang membolehkan pelanggan mendapat seunit telefon pintar Blackberry (RM1,600) serta pakej ‘Laptop dan Broadband’ (RM2,400).

“Menerusi versi Classic, pelanggan diberikan 15 perkhidmatan, versi Deluxe (16 perkhidmatan), pakej Blackberry (16 perkhidmatan dan seunit telefon Blackberry) serta pakej Laptop dan Broadband (18 perkhidmatan berserta seunit komputer riba dan modem jalur lebar),” katanya sambil menambah maklumat lanjut boleh melayari laman web www.kedaihyper.com. -hmetro

admin
admin

Would you like to share your thoughts?