PENERAJU penyedia komunikasi bersepadu Malaysia, Maxis Berhad menjadi operator pertama memperkenalkan perkhidmatan pelbagai jenis merangkumi suara, Internet berkelajuan tinggi dan perkhidmatan nilai ditambah apabila melancarkan Perkhidmatan Kediaman Maxis.
| [adsenseyu6] | ![]() |
Perkhidmatan Kediaman Maxis juga menawarkan pelanggan nilai yang lebih tinggi menerusi kawasan liputan yang lebih luas melalui rangkaian tetap dan tanpa wayar terbesar di negara, sekali gus memberi lebih pilihan kepada 6.9 juta pelanggan aktifnya.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sandip Das berkata, dengan pelancaran perkhidmatan baru itu, pelanggan akan mendapat pengalaman digital lebih luas, malah ia menjangkaui perkhidmatan telekomunikasi.
Maxis turut menyokong Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI) dengan menandatangani perjanjian penting dengan Telekom Malaysia (TM) untuk perkhidmatan HSBB Akses pada Disember lalu dan menerusi perjanjian itu pihaknya dapat mengembangkan rangkaian jalur lebar Maxis.
“Pelanggan yang menetap di kawasan yang mempunyai rangkaian optik fiber iaitu kawasan yang dibangunkan TM dan Maxis sendiri akan dapat menikmati perkhidmatan Kediaman Maxis yang menawarkan pakej jalur lebar berkelajuan tinggi,” katanya di majlis pelancaran perkhidmatan Kediaman Maxis di Kuala Lumpur, semalam.
