Kuala Lumpur: 7-Eleven Sdn Bhd, akan melaksanakan kemudahan e-dagang dan pembayaran bil utiliti di rangkaian kedai serbanekanya sebelum akhir tahun ini. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Gary Brown berkata, pihaknya akan memastikan kemudahan itu dapat disediakan di semua cawangan 7-Eleven di Malaysia sebagai usaha mempelbagaikan lagi barisan produknya.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] 7-eleven logo

Katanya, selain itu syarikat juga komited untuk memperluaskan rangkaian 7-Eleven di seluruh negara terutama di Sabah dan Sarawak dengan menyasarkan 600 kedai dalam tempoh tiga tahun.

“Kami turut memperkenalkan konsep baru kedai serbaneka 7-Eleven yang menampilkan konsep stor lebih moden dan pelbagai menjadikan jumlah keseluruhan cawangan sekarang adalah sebanyak 1,600 kedai.

“Syarikat akan memberi tumpuan di kawasan bandar dan memastikan lokasi yang dipilih strategik serta membantu orang ramai mendapatkan keperluan harian mereka dengan mudah,” katanya di majlis pelancaran 7-Eleven konsep baru di sini, semalam.

Menurutnya, syarikat itu menerajui pasaran dengan penguasaan 82 peratus dan menjelang tahun depan pihaknya menyasarkan untuk mengubah suai 200 kedai 7-Eleven sedia ada menerusi konsep baru dan membuka 200 kedai baru dengan peruntukkan pelaburan dianggarkan sebanyak RM80 juta.

Brown berkata, antara lokasi yang dikenal pasti adalah di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor, bagaimanapun pihaknya bersedia membuka di kawasan yang mempunyai permintaan.

“Kami menumpukan untuk mengembangkan dan menambah baik penawaran serta kedai kami bagi keselesaan kepada pelanggan menerusi pengubahsuaian kedai serta penawaran barangan yang lebih baik,” katanya. -hmetro

admin
admin

Would you like to share your thoughts?