SME Bank menyumbangkan aplikasi Tutor Online yang memberi manfaat kepada 100 pelajar dari Sekolah Menengah Agama Lughatul Quran, Sekolah Menengah Agama Lughatil Arabiah dan Sekolah Menengah Agama Darul Ulum di Ledang, Johor untuk meningkatkan prestasi pembelajaran mereka.
| [adsenseyu6] | ![]() |
Pengarah Urusan Kumpulan SME Bank, Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus berkata, SME Bank percaya kemudahan Tutor Online ini membantu memantapkan persiapan pelajar terutamanya yang menduduki peperiksaan SPM tahun ini untuk memperoleh gred yang lebih baik.
“Ini kerana Tutor Online mengandungi lebih 90,000 soalan untuk digunakan sebagai latihan oleh pelajar,” katanya dalam satu kenyataan.
Majlis penyerahan Tutor Online kepada pelajar-pelajar itu disempurnakan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ir Hamim Samuri.
Tutor Online adalah program pembelajaran dalam talian membolehkan pelajar dapat akses kepada nota pelajaran yang dikongsi secara dalam talian.
Pelajar juga akan diberi kemudahan membuat penilaian kendiri dan menentukan tahap pembelajaran berdasarkan kemampuan masing–masing. -sinarharian
Jawatan Kosong SME Bank
Sila klik sini untuk senarai jawatan kosong di SME Bank terkini.
