Kuala Lumpur: YTL Communications Sdn Bhd, komited meluaskan lagi rangkaian Yes 4G ke seluruh negara bagi memberi pengalaman Internet lebih pantas apabila merancang meningkatkan perkhidmatannya di Sabah dalam tempoh terdekat ini.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] Yes Life terendah

Ketua Pegawai Eksekutifnya Wing K Lee berkata, setakat ini rangkaian Yes meliputi lebih daripada 85 peratus kawasan di Semenanjung Malaysia dengan pengembangan seterusnya di Malaysia timur.

Beliau berkata, tahun ini banyak aktiviti dan pengenalan produk baru dijalankan terutama bagi memberi lebih pendedahan kepada masyarakat mengenai kelebihan menggunakan Internet untuk pembelajaran dan berniaga.

“Malaysia semakin maju dan rangkaian berkelajuan tinggi sangat diperlukan kerana sekarang orang ramai berkomunikasi menggunakan platform Internet dan disebabkan itu, kami turut memberi tumpuan di Sabah serta Sarawak supaya semua rakyat negara ini memperoleh manfaat sama.

“Tahun ini, fokus kami meluaskan rangkaian ke seluruh kawasan berpenduduk dan memastikan masyarakat benar-benar merasai pengalaman menggunakan Yes 4G,” katanya kepada Bisnes Metro pada majlis meraikan pemenang peraduan Yes Amazing Holiday di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, setakat ini terdapat 800,000 pelanggan Yes di seluruh Semenanjung dan pihaknya yakin jumlah itu akan bertambah dengan peluasan rangkaian ke Malaysia timur tahun ini.

Wing berkata, pihaknya memperuntukkan RM2 bilion bagi perbelanjaan modal sejak Yes diperkenalkan pada 2010 sehingga sekarang dan terdapat lebih 4,000 rangkaian stesen di seluruh negara.

Yes turut melancarkan peraduan terbarunya, The Largest Tablet Give Away yang menawarkan 90 tablet untuk pelanggan baru dan bermula sekarang hingga 31 Mac 2014.

Untuk maklumat lanjut boleh melayari www.yes.my/90tabletsgiveaway. -mymetro

admin
admin

Would you like to share your thoughts?