Perkembangan dunia siber membolehkan lebih ramai orang melakukan transaksi jual dan beli melalui Internet. Antara model perniagaan paling mendapat pilihan selari dengan perkembangan ini adalah perniagaan Affiliate.
| [adsenseyu6] | ![]() |
Affiliate atau ejen jualan melakukan penjualan sesuatu produk fizikal atau digital tanpa menyimpan stok dan mengeluarkan kos yang tinggi. Ia merangkumi produk fizikal seperti produk kecantikan, pakaian, barangan hiasan kediaman atau aksesori.
Antara contoh produk digital ialah e-book pelbagai kategori terutama dari segi penyelesaian masalah dan langkah demi langkah bimbingan berkaitan sesuatu topik seperti perniagaan, kerjaya, hubungan dan pemasaran.
Antara terma digunakan secara umum dan meluas dalam perniagaan Affiliate ialah Pay Per Lead (PPL) dan Pay Per Sale (PPS). PPL biasanya akan membayar ejen untuk setiap nama dan butiran diberikan kepada penganjur program, manakala PPS akan dibayar komisen antara 10 hingga 50 peratus mengikut kesesuaian bergantung pada produk.
Pendapatan seorang ejen Affiliate bermula dari RM1 dan boleh mencecah hampir RM20,000 pada satu-satu masa bergantung kepada produk dijual dan usaha mereka. Affiliate didefinisikan sebagai model perniagaan kerana ia membabitkan sistem teratur untuk pendapatan jangka masa panjang. Ini termasuk membina struktur iklan berbayar, pengumpulan pangkalan data mereka yang berminat, membina hubungan bermanfaat dan berskala sesuai dengan sesuatu kempen pemasaran dilakukan.
Perniagaan jenis ini boleh dilakukan secara sepenuh masa atau separuh masa. Ada antara ahli PUIM memilih berhenti kerja selepas melakukan Affiliate secara separuh masa selama dua tahun yang kini menjalankannya sepenuh masa serta menikmati pulangan lumayan setiap bulan dengan pelbagai produk digital dan fizikal.
Antara yang berkait rapat dengan Affiliate juga dikenali sebagai dropship yang mengguna pakai konsep hampir sama. Di Malaysia masih ramai lagi tidak tahu model perniagaan jenis ini dan segelintir kecil mereka yang terbabit dengan pemasaran Internet saja yang melakukannya.
Bagi yang berminat dengan produk fizikal boleh mencuba http://www.yosh.my dan untuk produk digital boleh ke http://jomniaga.com dan http://klikjer.com.
Semua pautan disarankan adalah platform yang terjamin dari segi barangan, bantuan ejen dan pendidikan pemasaran. PUIM amat berharap lebih ramai melakukan Affiliate kerana ia asas utama perniagaan melalui Internet dan memberi pulangan lumayan jika dilakukan bersungguh-sungguh dan konsisten.
Penulis Presiden Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM)
