Kuantan: Bank Negara Malaysia (BNM) menjangkakan sektor pembayaran elektronik (e-pembayaran) negara bertambah kukuh tahun depan berdasarkan statistik, inisiatif serta persekitaran memberangsangkan membabitkan perkhidmatan itu.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] pnegguna internet

Penolong Gabenornya Abu Hassan Alshari Yahya berkata, statistik terbaru BNM menunjukkan e-pembayaran mencatatkan nilai pertumbuhan empat peratus kepada RM11.6 trilion bagi Januari hingga September tahun ini berbanding RM11 trilion dalam tempoh sama tahun lalu.

Nilai transaksi Perbankan Internet

“Perbankan Internet adalah jenis pembayaran menjana nilai transaksi tertinggi iaitu RM2.6 trilion diikuti perkhidmatan Giro Antara Bank (IBG) RM201 trilion,” katanya pada majlis pelancaran siri jelajah ‘Experience IBG’ di sini, semalam.

Siri jelajah anjuran BNM dengan Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) dan institut perbankan itu bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan peniaga kecil mengenai e-pembayaran dengan fokus kepada IBG.

Beliau berkata, penggunaan peranti dan Internet yang tinggi dalam persekitaran teknologi di negara ini dilihat amat membantu usaha BNM dalam mendekatkan masyarakat kepada perkhidmatan e-pembayaran.

Dalam masa sama, BNM menggariskan beberapa inisiatif bagi menarik orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan itu sekali gus memastikan ia akan mencatatkan peningkatan pada masa depan. “Antara inisiatif terbabit adalah pengumuman pengurangan caj bayaran bagi perkhidmatan IBG daripada RM2 kepada 10 sen selain meningkatkan had urus niaga IBG dan perbankan internet daripada RM5,000 kepada RM10,000 bertujuan memudahkan pembayaran dalam nilai lebih tinggi.

“Kami juga turut berkerjasama dengan institut perbankan dengan menawarkan perkhidmatan IBG melalui mesin pengeluaran automatik (ATM) dan akses perbankan Internet melalui penggunaan Internet Kiosk Layan Diri di semua cawangan bank bagi memberi lebih kemudahan kepada orang ramai,” katanya.

admin
admin

Would you like to share your thoughts?