SYARIKAT penyedia khidmat telekomunikasi Maxis Bhd (Maxis) mencatatkan peningkatan hasil dan keuntungan bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, sebahagian besarnya didorong penggunaan internet mudah alih dan data yang meningkat sebanyak 14.6 peratus.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] penggunaan internet

Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Morten Lundal berkata, prestasi itu menunjukkan hasil awal yang positif bagi strategi Maxis yang memberi tumpuan kepada internet mudah alih.

 Rangkaian 4G LTE Maxis

“Kami tahu pelanggan mahukan liputan meluas dan kelajuan data yang boleh dipercayai dan kami giat berusaha untuk meningkatkan infrastruktur 3G dan memperluaskan jangkauan rangkaian 4G LTE Maxis.

“Jejak 4G LTE Maxis adalah terluas di negara ini dan kini boleh dinikmati oleh hampir satu pertiga daripada jumlah penduduk di Lembah Klang. Kami akan terus memperluas jejak 4G LTE secara beransur-ansur ke kawasan lain dalam negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, keputusan kewangan Maxis bagi sembilan bulan pertama tahun ini menunjukkan perolehan hasil meningkat tiga peratus kepada RM6.86 bilion bersandarkan sumbangan positif daripada semua segmen perniagaan.

Keuntungan selepas cukai syarikat itu turut merekodkan peningkatan 3.9 peratus kepada RM1.631 bilion bagi sembilan bulan pertama tahun ini. -sinarharian

admin
admin

Would you like to share your thoughts?