Google melancarkan telefon pintar Nexus 5, peranti terbaru syarikat itu dalam pasaran dan menjadi model utama untuk sistem operasi Androidnya.
| [adsenseyu6] | ![]() |
Tambahan baru yang dinanti-nantikan itu kepada barisan Nexus Google menggunakan platform baru Android “KitKat”, yang mana ia direka semula untuk berfungsi dalam banyak barisan telefon yang didatangkan dengan perisian percuma Titan.
“Kini anda mempunyai satu versi sistem operasi Android yang boleh digunakan dalam semua versi telefon pintar pada 2013,” kata Sundar Pichai, ketua pasukan Android dan Chrome, sambil menyerlahkan penampilan perisian baru dengan telefon Nexus 5.
“Semakin kita menghampiri satu bilion lagi tambahan penduduk dunia, kami mahu lakukannya dengan versi terbaru Android.” Tindakan itu digariskan untuk mengatasi masalah terlalu banyak sistem Android digunakan seluruh dunia dan membentangkan cabaran kepada pembuat aplikasi global untuk menghasilkan aplikasi yang boleh berfungsi untuk semua telefon.
Tersekat dengan versi lama Android juga bermakna pengguna tidak boleh mengakses untuk memuat turun tambahan perisian yang dikeluarkan Google.
