Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Bhd (Celcom) Datuk Seri Shazalli Ramly dipilih Personaliti Teknologi Maklumat (ICT) Tahunan manakala Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Mydin Mohamed Holdings Bhd Malik Murad Ali diiktiraf CIO Cemerlang dalam Anugerah Kepimpinan ICT anjuran Persatuan Kebangsaan ICT Malaysia (Pikom).
| [adsenseyu6] | ![]() |
Anugerah itu diadakan baru-baru ini sebagai menghargai personaliti dan organisasi yang menyumbang kepada pertumbuhan industri ICT negara.
Pengerusi Pikom Woon Tai Hai berkata, selama enam tahun anugerah itu diadakan, Anugerah Kepimpinan ICT Pikom telah diiktiraf dalam memberikan petunjuk kepada penggerak dalam industri ICT.
“Anugerah ini juga menjadi model peranan kepada generasi akan datang bagi membawa ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.
Penerima lain dalam anugerah itu adalah KPMG Malaysia yang dipilih sebagai Organisasi Tahunan ICT dan Redtone International Bhd yang menerima anugerah Ahli Paling Cemerlang. -sinarharian
