Kuala Lumpur: Keselamatan siber antara industri baru dijangka mampu melonjakkan ekonomi negara berdasarkan pengeluaran penyelesaian, pensijilan dan perkhidmatan penilaian diperkenalkan pada masa depan.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] Keselamatan siber

Ketua Pegawai Eksekutif, CyberSecurity Malaysia (Cybersecurity) Dr Amirudin Abdul Wahab berkata, industri terbabit dijangka lebih kukuh dengan beberapa projek baru di bawah inisiatif Digital Malaysia yang diperkenalkan kerajaan.

“Digital Malaysia menyasarkan peningkatan Pendapatan Negara Kasar (PNK) 17 peratus daripada jumlah keseluruhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang mampu membuka 180,000 peluang pekerjaan baru menjelang 2020,” katanya selepas memperkenalkan Anugerah, Persidangan dan Pameran Cyber Security Malaysia (CSM-ACE) di Kuala Lumpur, semalam.

CSM-ACE yang bertemakan Securing Cyberspace for Economic Growth itu berlangsung selama dua hari mulai 13 November di Hotel The Royale Chulan Kuala Lumpur.

Amirudin berkata, program CSM-ACE adalah persidangan tahunan industri itu yang menjadi program inovatif terbesar berkaitan keselamatan maklumat.

“Kami mengalu-alukan sukarelawan dari mana-mana syarikat untuk menyertai aktiviti dan program kami dalam memberi pendidikan mengenai keselamatan siber kepada pengguna Internet,” katanya. -hmetro

admin
admin

Would you like to share your thoughts?