SHAH ALAM – Jabatan Teknologi Maklumat (IT) Sinar Harian tidak dapat mengawal penyiaran beberapa iklan yang kurang menyenangkan di portal Sinar Harian Online.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] iklan online sinar harian

Menurut Penolong Pengurus Jabatan Teknologi Maklumat, Mohammad Akbar Abdul Latip, perkara itu berlaku ekoran perkhidmatan iklan dari Google Ads itu adalah percuma.

“Pihak kami tidak dapat mengawal iklan seumpama itu. Ia hanya boleh dikawal oleh pihak Google. “Pihak IT tidak dapat menjamin iklan-iklan yang disiarkan sentiasa terkawal,” katanya.

Katanya, meskipun pihak Google menyediakan cara untuk mengawal iklan tersebut, namun ia tidak dapat dijamin seratus peratus berkesan.

“Terdapat cara yang disediakan oleh pihak Google AdSense iaitu menyenaraikan iklan tersebut di dalam senarai “block”. Tapi cara ini juga tidak dapat menjamin 100 peratus keberkesanannya.

“Kerana setiap hari terdapat iklan-iklan baru dari Google. Boleh dikatakan setiap hari juga kami memantaunya,” katanya. -sinarharian

admin
admin

Would you like to share your thoughts?