Kemunculan Nokia Lumia 1020 adalah penyelesaian kepada semua rungutan apabila gambar atau video yang dirakam tidak begitu jelas, malap dan kurang menarik.Seharusnya Lumia 1020 boleh dianggap sebagai penanda aras baru dalam pengimejan telefon pintar. Lumia 1020 berupaya menghasilkan imej paling terang dan jelas berbanding kamera digital lain. 

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] nokia lumia 1020

Terima kasih kepada inovasi Nokia iaitu teknologi PureView termasuk sensor 41 megapiksel generasi kedua, optik Zeiss dengan enam lensa dan penstabilan imej optikal membolehkan sesiapa saja untuk merakam, menyunting dan berkongsi gambar serta video profesional berkualiti.

Penggunaan aplikasi baru dipanggil Nokia Pro Camera, Lumia 1020 seperti mencipta semula zoom yang memudahkan pemiliknya merakam gambar dahulu dan kemudian zoom untuk meneroka dan menulis semula cerita dengan lebih lengkap berbanding sekadar pandangan mata.

Kesan lebih menarik terhadap gambar atau video boleh diperoleh apabila Nokia Pro-Camera memudahkan ciri-ciri yang terdapat pada kamera profesional dan mengajar pengguna cara mengambil gambar dengan lebih baik.

Lumia 1020 ialah kamera digital paling serba boleh dalam pasaran hari ini. Ciri `dual capture’ unik secara serentak merakam gambar resolusi tinggi 30 megapiksel untuk proses suntingan dan mewujudkan gambar 5 megapiksel yang mudah dikongsi di rangkaian sosial menggunakan Windows Phone 8.

Gambar yang dirakam dijamin jelas seperti kristal walaupun diambil dalam keadaan cahaya rendah. Selain itu, video yang dirakam bebas daripada kesan kabur dengan bunyi stereo pada tahap paling tinggi menggunakan `Nokia Rich Recording’ yang mengawal tekanan bunyi enam kali lebih kuat daripada mikrofon telefon pintar konvensional.

Aplikasi Windows Phone untuk Lumia 1o2o

Terdapat lebih 175,000 aplikasi dengan Windows Phone yang melengkapkan platform untuk Lumia 1020. Selain itu, Lumia 1020 turut menampilkan perkhidmatan Nokia. Aplikasi Here memberitahu lokasi terkini kedudukan anda termasuk peta yang menampilkan `LiveSight’ bagi memudahkan anda mencari tempat baru untuk merakam gambar.

Bagi memastikan anda seronok mengambil gambar dan merakam video, Nokia mencipta Pemegang Kamera Nokia iaitu aksesori bagi melengkapkan kewujudan Lumia 1020 dan menjadikan kerja merakam imej mengikut citarasa masing-masing terutama dengan sebelah tangan.

Pemegang kamera itu turut mempunyai bateri caj semula yang boleh dilekatkan pada sebarang tripod kamera ketika anda ingin mengambil gambar potrait atau merakam gambar jarak jauh.

Sementara itu, Lumia 1020 akan mula berada di pasaran Malaysia pada 25 September ini di Lembah Klang dan awal Oktober di seluruh negara. Pada harga RM2,499 anda boleh memiliki Pemegang Kamera Nokia secara percuma.

Spesifikasi Nokia Lumia 1020

Dimensi: 130.4×71.4×10.4mm
Berat: 158 gram
Masa bercakap: GSM hingga 10.9 jam; 3G sehingga 12 jam
Paparan: 4.5 inci PureMotion HD+super AMOLED 1280×768 resolusi dengan teknologi ClearBlack dan sentuhan sensitif
Sistem Operasi: Windows Phone 8
Prosesor: 1.5 GHz Dual-Core Qualcomm Snapdragon S4 prosesor
Memori: Dalaman – Sehingga 32 GB, 2 GB Dual-Channel RAM
Luaran – 7GB SkyDrive storan cloud
Kamera: 41MP PureView, Zeiss optik dengan flash Xenon dan Penstabilan Imej Optikal
Video: HD 1080p @ fps dengan OIS
Harga: RM2,499

admin
admin

1 Comment

  1. ejoeSolutions Nokia, AirAsia bekerjasama bangun aplikasi Windows Phone 8 » ejoeSolutions
    08/11/2013

    […] menarik, menerusi Nokia Lumia 1020 yang mempunyai sensor imejan 41 megapiksel, kami yakin aplikasi baru akan diperkenalkan bakal […]

Would you like to share your thoughts?