Georgetown: Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) melalui pasar raya premium, Sam’s Groceria merancang untuk memperkenalkan perkhidmatan beli-belah online dalam masa terdekat susulan daripada pengenalan sistem beli-belah peribadi (PSS) buat kemudahan pelanggannya.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] beli belah online

Pengarah Eksekutif Sam’s Groceria, Datuk Wira Ameer Ali Mydin berkata perancangan terbabit adalah salah satu langkah pasar raya terbabit untuk menawarkan pengalaman beli-belah lebih selesa kepada pelanggan bersesuaian dengan kewujudannya dalam pasaran runcit mewah.

“Untuk permulaan, kami menawarkan teknologi PSS bagi memudahkan hubungan dengan pelanggan di mana ia membantu mereka menyemak barangan yang ingin dibeli dengan hanya menggunakan pengimbas kod bar bersepadu,” katanya pada majlis perasmian Sam’s Groceria di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, PSS diperkenalkan melalui kerjasama Motorola Solutions dan syarikat adalah pasar raya pertama yang menggunakan teknologi itu bagi rantau Asia Pasifik di mana ia membolehkan pelanggan terus ke kaunter bayaran dan melakukan pembelian tanpa perlu beratur.

“Penggunaan aplikasi ini diyakini dapat mempercepatkan proses daftar keluar produk, meningkatkan keberkesanan mata jualan dan perkhidmatan pelanggan sekali gus memberi lebih tambah nilai kepada pelanggan serta pasar raya kami,” katanya.

Pasaraya Sam’s Groceria

Ketika mengulas mengenai Sam’s Groceria, beliau berkata, pengenalan pasar raya itu adalah perkembangan biasa syarikat yang mengenal pasti potensi penduduk Pulau Pinang yang memiliki perbelanjaan pendapatan tinggi namun tidak mempunyai lokasi untuk menampung keperluan golongan terbabit.

“Cawangan di Gurney Paragon, Pulau Pinang ini adalah yang pertama dan syarikat dijangka membuka dua lagi cawangan menjelang suku kedua dan suku ketiga tahun hadapan di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur,” katanya.-mymetro

admin
admin

1 Comment

  1. malaysia cctv live view
    11/09/2014

    Yes! Finally something about malaysia security.

Would you like to share your thoughts?