Kuala Lumpur: Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) anak syarikat Measat Broadcast Network Systems Bhd (MBNS) memeterai perjanjian kerjasama dengan TM Net Sdn Bhd (TMNET) untuk menyiarkan dua saluran Astro SuperSport dalam rangkaian TV berprotokol Internetnya, HyppTV.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] hypptv streamyx

Perjanjian menang-menang itu menyaksikan pengguna mempunyai pilihan selain Astro untuk menonton perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris. Ketua Pegawai Eksekutif Astro Datuk Rohana Rozhan berkata, syarikatnya bersedia berkongsi saluran yang menguntungkan pengguna dalam membuat pilihan.

Astro kekal penyedia saluran sukan terbesar

“Astro masih kekal sebagai penyedia saluran sukan terbesar dengan 14 saluran sukan yang boleh dinikmati dalam definisi standard atau tinggi (HD) di rumah dalam bentuk satelit,” katanya selepas majlis perjanjian yang disaksikan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Telekom Malaysia Berhad (TM), Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa berkata, kerjasama itu membolehkan HyppTV menyediakan kandungan sukan lebih premium. -hmetro

admin
admin

Would you like to share your thoughts?