Kuala Lumpur: Celcom Axiata Berhad menjalin usaha sama dengan Mobiroo Inc, peneraju aplikasi mudah alih di Kanada sekali gus menawarkan langganan aplikasi tanpa had dengan yuran bulanan rendah dan kadar rata pertama kali di Malaysia.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] celcom Mobiroo

Ketua Pegawai Perkhidmatan Digitalnya Afizulazha Abdullah berkata, servis dinamakan Mobiroo itu buat masa ini memberi pelanggan akses kepada lebih 750 aplikasi Android daripada semua kategori.

Katanya, Mobiroo perkhidmatan aplikasi tanpa had pertama di negara ini dan memberi nilai hebat kepada pelanggan terutama mereka yang semakin ramai menggunakan telefon pintar.

“Bersama dengan Celcom menerusi rangkaian paling luas, cepat dan stabil di seluruh negara, termasuk perkhidmatan LTE yang semakin mendapat tempat, kami yakin servis ini akan memberi pengalaman baru secara eksklusif kepada pelanggan kami.

“Perkhidmatan ini juga yang terbaru ditawarkan di The Cube termasuk barisan kandungan serta gaya hidup digital dan terbaru kami turut melancarkan perkhidmatan muzik tanpa henti iaitu Mini Musicube dan kami gembira bekerjasama dengan Mobiroo Inc sebagai rakan kongsi peringkat dunia,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan, semalam.

Sementara itu, Presiden Rantau Asia Pasifik Mobiroo Inc Alan Wong berkata, Mobiroo aplikasi premium memberi nilai tambah pada harga berpatutan kepada pelanggan serta memberi risiko rendah kepada pengguna Android. -hmetro

 

 

 

admin
admin

Would you like to share your thoughts?