DOMINO’S Pizza Malaysia melancarkan aplikasi iPhone pertama di pasaran tempatan bagi memudahkan pelanggan membuat tempahan hanya di hujung jari pada bila-bila masa walau di mana berada.
| [adsenseyu6] | ![]() |
Menerusi aplikasi mudah alih ini, pelanggan boleh membuat tempahan, mencari cawangan Domino’s paling hampir dan memeriksa status tempahan piza dari iPhones, iPad atau iPod Touch.
Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Domino’s Malaysia dan Singapura, Ba U Shan-Ting berkata, sebagai peneraju global dalam perkhidmatan penghantaran piza, Domino’s sentiasa ingin menyediakan pengalaman terbaik di samping memberi kepuasan kepada pelanggannya.
“Dengan pelancaran ini, ia sekali gus menambah satu lagi capaian pertama di Malaysia dalam senarai perkhidmatan kami yang berinovatif termasuk pengenalan web portal untuk tempahan makanan segera pada 2002 dan pengesan GPS pada 2010.
“Kini, untuk pengguna iPhone, tiba masanya untuk anda menikmati piza terbaik kami hanya di hujung jari,”katanya.
Pada bulan pertama selepas pelancarannya ini, pengguna iPhone yang pertama kali menggunakan aplikasi Domino’s akan menerima kupon percuma pencuci mulut Sticky Caramel yang boleh ditebus pada pembelian kedua yang juga dibuat melalui aplikasi sama.
Setiap pelanggan ke-100 juga akan menikmati kupon piza percuma pada pembelian kedua. Semua tawaran seperti piza, baucar, kupon, dan promosi boleh didapati menerusi aplikasi iPhone, sah sehingga 11 Februari ini.
Domino Pizza di Kota Bharu
Untuk rekod, Domino Pizza masih belum mempunyai cawangan di Kota Bharu mahupun daerah lain di Kelantan
