KUALA LUMPUR – Sebanyak 500,000 unit netbook 1malaysia akan diagih sebagai tambahan kepada sejuta unit yang diperuntuk di bawah Program Komputer Riba 1Malaysia.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] netbook 1malaysia

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang berkata tambahan itu melibatkan perbelanjaan kira-kira RM1.5 bilion.

Permintaan tinggi untuk Netbook 1Malaysia

“Setelah mengambil kira keperluan dan permintaan yang tinggi daripada orang ramai, sejumlah 500 ribu unit komputer riba telah ditambah menjadikan jumlah keseluruhan 1.5 juta unit,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 peringkat dasar bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.

Program Komputer Riba 1Malaysia diumum selaras pelancaran Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi pada 2010.

Salang turut memaklumkan sehingga September lepas, sebanyak 754,446 unit Komputer Riba 1Malaysia telah diagihkan di seluruh negara.

Rebet Rm200 Untuk Telefon Pintar

Menyentuh isu pemberian rebat RM200 untuk pembelian telefon mudah alih pintar, beliau berkata kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan bekerjasama dengan pemberi perkhidmatan telekomunikasi bagi memastikan ia dilakukan secara adil dan saksama kepada 1.5 juta belia.

Persidangan Dewan bersambung esok. – Bernama

admin
admin

Would you like to share your thoughts?