PENIAGA perusahaan kecil dan sederhana (PKS) disaran supaya menggunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk mengembangkan perniagaan mereka hingga ke peringkat global.
| [adsenseyu6] | ![]() |
Ketua Bahagian Perniagaan dan Perkhidmatan Maxis Bhd (Maxis), Fitri Abdullah berkata, kepakaran dalam menggunakan ICT mampu memperluaskan empayar perniagaan, sekali gus meningkatkan pendapatan.
“Selain meningkatkan pendapatan, ia menjadi titik tolak kepada peniaga PKS untuk beralih ke tahap lebih tinggi dengan merevolusikan operasi perniagaan ke arah mengukuhkan peranan dalam mewujudkan persekitaran perniagaan yang bijak,” katanya pada Persidangan Perniagaan PKS anjuran Maxis dengan kerjasama Alliance Bank Malaysia Bhd (Alliance Bank) yang menjadi antara yang menyokong usaha meningkatkan perniagaan PKS di Georgetown.
Sementara itu, Pengurus Besar merangkap Ketua Bahagian Komersial dan Perniagaan PKS Maxis, Kenneth Lee berkata, kebanyakan syarikat PKS berjaya selepas menggunakan aplikasi dan perisian teknologi kini.
“Penggunaan telefon pintar dengan sokongan jalur lebar tanpa wayar menjadikan peniaga dapat meneroka dunia baru merentas sempadan dengan penggunaan pelbagai aplikasi,” katnya.
