KUALA LUMPUR – Asus, peneraju global dalam era digital baharu, melancarkan tablet Google Nexus 7 di Malaysia. Pada harga RM999, tablet itu kini boleh didapati di bilik pameran perniagaan dalam negara.
| [adsenseyu6] | ![]() |
George Su, Pengurus Negara bagi Sistem syarikat berkata Malaysia merupakan negara pertama di Asia Tenggara menerima peranti ini.
“Sebelum ini kami memperkenalkan tablet pada harga lebih tinggi. Kami memperkenalkan tablet Nexus 7 sebagai usaha menempatkan kami di pasaran dan meningkatkan bahagian pasaran syarikat terutamanya di Malaysia,” kata beliau pada pelancaran di sini hari ini.
“Kami percaya permintaan dan respons akan amat baik bagi tablet Nexus 7 di pasaran tempatan, memandangkan ia sesuai untuk semua pengguna,” katanya.
Nexus 7 merupakan tablet pertama dalam barisan peranti Nexus Google dan peranti utama bagi Android 4.1, Jelly Bean, versi terkini platform mobile paling popular dunia.
Asus dan Google bersama membangunkan tablet Nexus 7, tablet teras tujuh inci pertama yang memberikan pengalaman terbaik Google dalam pakej yang nipis dan sesuai dalam tangan.
Pengedar teknologi maklumat dan komunikasi ECS ICT Bhd dilantik oleh ASUS Malaysia untuk mengedar tablet PC Google Nexus 7 itu.
Dalam satu kenyataan hari ini, ECS berkata pelantikan berkenaan menyaksikan syarikat memperluaskan lagi portfolio pengedaran PC tabletnya, selepas memperoleh hak pengedaran barisan PadFone ASUS baru-baru ini.- Bernama
