PENYEDIA telekomunikasi mudah alih pertama dan utama Malaysia, Celcom Axiata Berhad memberi peluang pemaju aplikasi android Malaysia pamer dan komersialkan bakat kepada penonton global menerusi pelancaran Cabaran Pemaju Aplikasi 2012 di seluruh dunia.
| [adsenseyu6] | ![]() |
Ketua Operasi dan Data Terlajunya, Afizulazha Abdullah berkata, bertemakan ‘Cabaran Pembangunan Aplikasi Android’, ia yang pertama dengan kolaborasi bersama Celcom, Multimedia Development Corporation (MDeC) dan MyAppzil.
“Celcom berbangga menjadi hos bagi cabaran ini, sejajar matlamat syarikat membangunkan komuniti mengenai pemaju aplikasi dan kandungan mudah alih yang akan menerajui pertumbuhan ekonomi dalam kandungan digital global,” katanya.
600,000 muat turun aplikasi android
Ketua Pegawai Eksekutif MDeC, Ng Wan Peng berkata, pengaktifan satu juta peranti Android dan 600,000 muat turun aplikasi di Google Play, Malaysia perlu teroka peluang itu dan mengkomersialkannya secara aktif menerusi platform ini.
Wan Peng berkata, Cabaran Pemaju Aplikasi 2012 adalah contoh menarik daripada inisiatif yang diterajui persendirian bagi membantu meningkatkan penciptaan kandungan tempatan di Malaysia.
“Peraduan menjadi platform ideal bagi rakyat Malaysia mempamerkan kreativiti dan bakat mereka serta mencipta kandungan menerusi rayuan global,”katanya. -sinarharian
1 Comment
Would you like to share your thoughts?
You must be logged in to post a comment.

ejoeSolutions Tawaran akhbar digital percuma » ejoeSolutions
27/02/2014[…] (Media Prima) dengan kerjasama Senheng Electric (KL) Sdn Bhd menawarkan peranti pintar berasaskan Android percuma dengan langganan akhbar digital milik The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) selama dua […]