GARTNER Inc, syarikat teknologi maklumat terkemuka dalam dunia penyelidikan melalui satu kajian berpendapat adalah menjadi satu trend pengguna kini yang membelanjakan AS$2.1 trilion (RM6.563 trilion) seluruh dunia ke atas maklumat digital, produk hiburan dan perkhidmatan tahun ini.
| [adsenseyu6] | ![]() |
Ini menyaksikan peningkatan global mencecah AS$114 bilion (RM356.43 trilion) berbanding tahun lepas, dan perbelanjaan akan terus berkembang pada kadar yang lebih pantas daripada AS$130 bilion (RM406.458 bilion) berbanding tahun lalu, dan bakal mencecah A$2.7 trilion (RM8.439 trilion) menjelang akhir 2016.
Jumlah AS$2.1 trilion (RM6.563 trilion) itu terdiri daripada apa yang pengguna akan belanja ke atas telefon mudah alih, pengkomputeran dan hiburan, media dan peranti pintar, perkhidmatan yang diperlukan untuk menjadikan peranti ini dapat dihubungkan kepada rangkaian yang sesuai, dan perisian serta kandungan media yang digunakan oleh peranti-peranti ini.
“Terdapat dua kelas produk dari segi dolar adalah kecil tetapi menawarkan pertumbuhan ketara menjelang 2016,” kata penganalisis di Gartner, Amanda Sabia, dalam satu kenyataan.
Gartner meramalkan penggunaan pengguna ke atas aplikasi dan kandungan mudah alih akan meningkat daripada AS$18 bilion (RM56.26 bilion) tahun ini kepada AS$61 bilion (RM190.67 bilion) pada 2016, dan perbelanjaan ke atas kandungan e-teks (e-buku, berita dalam talian, majalah dan perkhidmatan maklumat) akan meningkat daripada AS$5 bilion (RM15.62 bilion) tahun ini kepada AS$16 bilion (RM50.02 bilion) pada 2016.
“Bagaimanapun, penyelidikan kami mendapati, pengguna sanggup bertolak-ansur dan menyokong model perniagaan sebagai pertukaran untuk fungsi dan kandungan percuma seperti penyimpanan teknologi awan peribadi, perangkaian sosial, pencarian maklumat, muat turun video dan lain-lain,” katanya.
Katanya, kerjasama antara vendor dalam segmen yang berlainan diperlukan untuk membina jambatan dalam kalangan pelbagai platform dan menyampaikan rumusan dengan lebih mudah. -sinarharian
