TELEKOM Malaysia Berhad (TM), pembekal komunikasi generasi baru terkemuka di Malaysia mengumumkan pakatan strategiknya dengan Inteliquent, syarikat pembekal penyelesaian saling hubung (interconnection) dan pengoperasian global bagi pelaksanaan penyelesaian EtherCloud™ oleh Inteliquent untuk TM.
| [adsenseyu6] | ![]() |
Naib Presiden Eksekutif Global TM, Rozaimy Abd Rahman berkata, kerjasama berkenaan menyaksikan TM menggunakan penyelesaian EtherCloudTM milik Inteliquent bagi meluaskan capaian Global Ethernetnya dengan memanfaatkan pusat rangkaian Inteliquent yang berjumlah lebih 120 di seluruh dunia.
“Inteliquent akan memanfaatkan liputan perkhidmatan TM yang komprehensif bagi memenuhi jumlah permintaan terhadap Ethernet yang kian meningkat di Malaysia dan Asia Pasifik. Hasilnya, perjanjian ini akan meluaskan lagi perkhidmatan Ethernet kedua-dua syarikat kepada pasaran permintaan tinggi,” katanya. -mymetro
1 Comment
Would you like to share your thoughts?
You must be logged in to post a comment.

epstein Virus
04/12/2012Hi, I read your new stuff regularly. Your story-telling style is awesome, keep it
up!