ejoeSolutions » Web Design » Web Based System » Kifaalah Sistem Takaful Warga Emas Kelantan
Kifaalah Sistem Takaful Warga Emas Kelantan

Company : Kifaalah Sdn. Bhd.
System : Sistem Takaful Warga Emas Kelantan
URL : http://sistem.kifaalah.com.my

Selaras dengan dasar Kerajaan Negeri Kelantan sebagai sebuah negeri berkebajikan, satu skim insuran warga emas telah diperkenalkan untuk memberi perlindungan insuran kepada seluruh warga emas di negeri kelantan tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Di atas kepercayaan Kerajaan Negeri kepada PMBK, maka amanah ini telah diserahkan untuk diurus oleh PMBK melalui anak syarikatnya iaitu Kifaalah Sdn Bhd.

Secara ringkasnya, Kifaalah Sdn Bhd akan memberi perlindungan hayat dan kecacatan kekal kepada warga emas yang mana RM 1500 akan diserahkan kepada keluarga (wasi) simati dihari kematian untuk pengurusan kematian dan tujuan berkaitan. Semua kos pembayaran kepada syarikat insuran ditanggung oleh PMBK dan tuntutan akan dibuat oleh Kifaalah sebaik sahaja berlaku kematian. Dilaporkan sejumlah RM 18j telah ditanggung oleh Kifaalah sehingga hari ini.

Sejak program ini dijalankan, seramai 98,515 warga emas telah didaftarkan iaitu 85% dari jumlah warga emas yang terdapat di negeri Kelantan. Walaupun program ini bukan berasaskan keuntungan, impak besar program ini dapat dirasai diseluruh negeri. Ia juga dapat membina rasa kasih sayang antara Kerajaan Negeri dan rakyat jelata dengan pantas hasil dasar kebajikan yang dijalankan melalui Kifaalah ini.

Dalam perancangan PMBK, terdapat beberapa program kebajikan yang berasaskan konsep yang sama akan dilaksanakan dalam masa terdekat bagi membuktikan Dasar Islam yang menjadi dasar pentadbiran Kerajaan dapat memberi rahmat kepada seluruh rakyat jelata.


Incoming search terms:


Comments

Related Posts

 
Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK)
 
ICT Incubator Centre Sdn Bhd Kini Berstatus MSC
 
Sistem e-Rating Kontraktor
 
Mutiara Hijrah Sistem Penapis Air
 
Sistem Pendaftaran Kursus


Leave a Reply

Name
(* required)
Email Address
( * required - will not be published)
Web Site
Comment
(* required)