Username :  Password :    
 
  06 Feb 2012 19:14
Home
Introduction
Register
Login
User Manual

User Manual

Selamat datang ke manual pengguna Portal Web Bank Soalan bagi Subjek Kriptografi


1.    Panduan pengguna baru

2.    Panduan pengguna yang telah mendaftar

   2.1  Halaman Pensyarah

       - Maklumat peribadi
       - Senarai pelajar
       - Bank Soalan
       - Nota
       - Jalan Kerja
       - Enjin Carian


   2.2   Halaman Pelajar

       - Maklumat peribadi
       - Bank Soalan
       - Nota
       - Jalan Kerja
       - Enjin Carian

 

1. Panduan pengguna baru

Bagi pengguna baru (pensyarah atau pelajar), anda mestilah mendaftar terlebih dahulu sebelum boleh menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan disini.

Pendaftaran boleh dilakukan dengan menekan butang daftar yang terletak di menu utama. Disana terdapat dua pilihan pengguna iaitu pensyarah atau pelajar. Sila pilih jenis pengguna dan isikan semua maklumat yang diperlukan dalam borang pendaftaran.

2. Panduan pengguna yang telah mendaftar

Bagi pengguna (pensyarah atau pelajar) yang telah mendaftar sebelum ini, untuk masuk kepada halaman anda, sila masukkan nama pengguna dan kata laluan dalam borang login pada muka hadapan portal ini atau dengan menekan butang login pada menu utama.

Selepas anda login, anda akan dibawa kepada halaman anda samada halaman pensyarah atau halaman pelajar.

2.1 Halaman Pensyarah:
Bagi halaman pensyarah, terdapat 5 sub menu pensyarah disebelah kiri seperti berikut:
i   : Maklumat peribadi
ii : Senarai pelajar
iii : Nota
iv  : Soalan 

Setiap menu mempunyai fungsi-fungsi seperti berikut:

i: Maklumat Peribadi
Halaman maklumat peribadi ini menyediakan kemudahan kepada pensyarah untuk mengemaskini maklumat peribadi mereka seperti nama, nombor pekerja, nombor kad pengenalan, email dan sebagainya.
 

ii: Senarai pelajar
Halaman ini akan memudahkan pensyarah melihat senarai pelajar yang telah mendaftar.
Senarai pelajar ini mengandungi bilangan pelajar, nama, nombor kad pengenalan dan email. Halaman ini hanya terdapat dalam halaman pensyarah dan tidak terdapat pada halaman pelajar.

iii: Nota
Halaman ini membolehkan pensyarah memuat naik (upload) nota bagi memudahkan pelajar untuk mendapatkan nota terperinci.
 

iv: Soalan
Melalui halaman ini pensyarah boleh memasukkan senarai soalan-soalan peperiksaan pada semester-semester yang lepas. Soalan-soalan ini hendaklah diasingkan terlebih dahulu mengikut kategori masing-masing. Taksonomi Bloom’s perlu digunakan sebagai kaedah pengkategorian soalan. Terdapat enam tahap kesemuanya.

2.2 Halaman Pelajar:
Bagi halaman pelajar pula, terdapat 6 sub menu sahaja disebelah kiri seperti berikut:

i : Maklumat peribadi
ii : Bank Soalan
iii : Nota
iv : Jalan Kerja
v : Enjin Carian
vi : Muat naik soalan

Setiap menu mempunya fungsi-fungsi seperti berikut:

iMaklumat peribadi
Halaman maklumat peribadi ini menyediakan kemudahan kepada pelajar untuk mengemaskini maklumat peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan, nombor matrik, alamat email dan sebagainya.

ii: Bank Soalan
Halaman ini menyenaraikan enam tahap soalan peperiksaan yang boleh dicapai oleh pelajar.  Setiap pelajar yang berdaftar perlu menjawab atau menyelesaikan soalan tahap demi tahap. Pelajar perlu bermula dari tahap pertama dan menyelesaikan kesemua soalan dalam tahap tersebut dahulu sebelum boleh menyelesaikan soalan-soalan di tahap yang seterusnya. Soalan-soalan terdiri daripada soalan objektif dan betul/salah.

iii: Nota
Halaman ini membolehkan pelajar memindah turun (download) nota. Ia akan memaparkan maklumat tentang nota tersebut yang telah dimasukkan oleh pensyarah.

iv: Jalan Kerja
Halaman markah ini memberi kemudahan kepada para pelajar untuk mendapatkan jalan kerja bagi sesuatu soalan. Pelajar hanya perlu klik pada nama kaedah penyelesaian soalan dan memasukkan nilai-nilai ke dalam
medan yang disediakan. Kemudian jawapan akan dijanakan secara automatik setelah pelajar menekan butang JANA.

v: Enjin Carian
Kemudahan ini disediakan kepada para pelajar yang ingin mencari sebarang maklumat tambahan seperti jurnal, artikel serta prosiding yang berkaitan dengan subjek Kriptografi. Hanya masukkan kata kunci yang diperlukan dan tekan butang CARI.

vi: Muat naik soalan
Para pelajar yang ingin memuat naik soalan bagi subjek Kriptografi bolehlah menggunakan kemudahan ini. Walaubagaimanapun soalan yang telah dimuat naik hanya akan diletakkan ke dalam pangkalan data soalan setelah pensyarah menilai kesesuian soalan tersebut.

Portal Bank Soalan Subjek Matematik
Ahmad Albab Ibrahim