|
2.2 Halaman Pelajar:
Bagi halaman pelajar pula, terdapat 6 sub
menu sahaja disebelah kiri seperti berikut:
i : Maklumat peribadi
ii : Bank Soalan
iii : Nota
iv : Jalan Kerja
v : Enjin Carian
vi : Muat naik soalan
Setiap menu mempunya fungsi-fungsi seperti berikut:
i: Maklumat
peribadi
Halaman maklumat peribadi ini menyediakan kemudahan kepada pelajar untuk mengemaskini maklumat peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan,
nombor matrik, alamat email dan sebagainya.
ii: Bank Soalan
Halaman ini menyenaraikan enam tahap soalan
peperiksaan yang boleh dicapai oleh pelajar. Setiap pelajar yang berdaftar perlu menjawab atau menyelesaikan soalan tahap demi tahap.
Pelajar perlu bermula dari tahap pertama dan menyelesaikan kesemua soalan dalam tahap tersebut
dahulu sebelum boleh menyelesaikan soalan-soalan di tahap yang seterusnya. Soalan-soalan terdiri daripada soalan objektif dan betul/salah.
iii: Nota
Halaman ini membolehkan pelajar memindah turun (download) nota. Ia akan
memaparkan maklumat tentang nota tersebut yang telah dimasukkan oleh pensyarah.
iv: Jalan Kerja
Halaman markah ini memberi kemudahan kepada para pelajar untuk mendapatkan jalan kerja bagi sesuatu
soalan. Pelajar hanya perlu klik
pada nama kaedah penyelesaian soalan dan memasukkan
nilai-nilai ke dalam medan yang disediakan. Kemudian jawapan akan dijanakan secara automatik setelah pelajar menekan butang JANA.
v: Enjin Carian
Kemudahan ini disediakan kepada para
pelajar yang ingin mencari sebarang maklumat tambahan seperti jurnal, artikel
serta prosiding yang berkaitan dengan subjek Kriptografi. Hanya masukkan kata kunci yang diperlukan dan tekan butang
CARI.
vi: Muat naik soalan
Para pelajar yang ingin memuat naik soalan bagi subjek Kriptografi bolehlah menggunakan kemudahan ini. Walaubagaimanapun soalan yang telah
dimuat naik hanya akan diletakkan ke dalam pangkalan
data soalan setelah pensyarah menilai kesesuian soalan tersebut.
|