ejoeSolutions

Mark Zuckerberg tetap kuasai Facebook
NEW YORK: Pengasas bersama Facebook, Mark Zuckerberg akan mengekalkan penguasaan terhadap rangkaian sosial itu walaupun selepas ia menjadi syarikat awam kelak.

Dokumen yang difailkan Facebook untuk tawaran penyenaraian awam mendedahkan Zuckerberg, yang melancarkan rangkaian sosial itu dari bilik asramanya di Universiti Harvard ketika berusia 19 tahun, menguasai 28.2 peratus saham syarikat itu.

Dengan nilai syarikat itu sebanyak AS$100 bilion (RM300 bilion), saham Zuckerberg akan bernilai RM84 bilion.

Lebih penting lagi, Zuckerberg, 27, Pengerusi Facebook dan Ketua Eksekutif, menguasai 57 peratus bahagian mengundi selepas pemegang saham lain menyerahkan hak mengundi mereka kepadanya menerusi ‘proksi yang tidak boleh ditarik balik.’ “Memandangkan Zuckerberg menguasai majoriti kuasa mengundi, kami adalah ‘syarikat yang dikuasai’ di bawah tadbir urus korporat untuk syarikat yang disenaraikan di bursa saham,’ menurut dokumen yang difailkan Facebook.

“Zuckerberg boleh menguasai semua hal yang dikemukakan kepada pemegang saham kami untuk diundi dan juga keseluruhan pengurusan dan hala tuju syarikat.

“Zuckerberg akan menentukan ‘pemilihan pengarah dan sebarang penggabungan atau penjualan semua atau sebahagian aset kami,” kata Facebook.

Penganalisis media sosial, Lou Kerner di secondshares.com berkata, bakal pemegang saham tidak perlu bimbang. “Pelabur hanya mahu hak untuk bercakap apabila ada kesilapan berlaku.

‘Rentak inovasi yang berlaku di Facebook sebenarnya tidak dapat ditandingi. Ini kerana ia dikendalikan oleh seorang yang berusia 27 tahun yang amat inovatif,” kata Kerner. – AFP

1,000 pekerja Facebook jadi jutawan
LOS ANGELES: Mereka menghabiskan masa bertahun-tahun untuk merancang pengembaraan serba mewah, mengimpikan memandu kereta sport paling mahal dan menetap di apartmen serba lengkap di California.

Kini, ketika proses pengapungan bernilai RM15 bilion Facebook di pasaran saham semakin hampir, sekurang-kurangnya 1,000 pekerja rangkaian sosial berpangkalan di Menlo Park itu akan bakal menjadi jutawan.

Semalam, Facebook mengemukakan kertas kerja kepada pihak berkenaan untuk penawaran penyenaraian awam (IPO) paling ditunggu-tunggu sejak langkah sama dilakukan Google pada 2004.

Tindakan itu dijangka menjadikan syarikat sangat berjaya itu bernilai sehingga RM300 bilion.

Syarikat yang mempunyai 3,000 pekerja itu berharap dapat menyenaraikan Facebook di bawah simbol FB di Pasaran Saham New York atau Pasaran Saham Nasdaq.

Dalam peraturan difailkan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Saham, Facebook Inc membayangkan harapannya untuk mengumpul sehingga AS$5 bilion (RM15 bilion) melalui IPO berkenaan dan ia adalah rekod baru untuk syarikat teknologi di pasaran saham selepas Google mencatatkan nilai RM5.73 bilion pada 2004.

Ia menjadi perubahan besar terhadap syarikat yang dijelaskan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook Inc, Mark Zuckerberg, dalam dokumen berkenaan sebagai “pada peringkat awal tidak dicipta untuk menjadi syarikat.” “Ia dibangunkan untuk menyempurnakan misi sosial – bagi menjadikan dunia lebih terbuka dan saling berhubung,” katanya.

Zuckerberg juga menyatakan, mereka menanam budaya unik dan pendekatan pengurusan dikenali sebagai “Kaedah Penggodam.” “Ungkapan ‘penggodam’ diberi gambaran negatif secara berlebihan dalam media sebagai seseorang yang menceroboh komputer.

“Hakikatnya, penggodaman bermaksud membina sesuatu dengan pantas atau mencuba batasan kemampuan diri,” katanya.

Dokumen dikemukakan Facebook Inc juga mendedahkan beberapa fakta penting firma banyak berahsia itu, selain kawalan ketat Zuckerberg ke atas pelbagai aspek pengurusan syarikatnya.

Ketika semua pihak menyangka setiap penutur berbahasa Inggeris memiliki akaun Facebook, sebenarnya rangkaian itu baru meneroka 60 peratus pasaran di Amerika Syarikat, Britain dan paling popular di Chile, Turki dan Venezuela.

Dokumen itu menyatakan, mereka menyasarkan China kini mengharamkan Facebook sebagai pasaran besar selanjutnya, tetapi ragu mampu menyediakan dasar tapisan diterima kerajaan negara berkenaan. – DM

Lenovo sasar tempat teratas
PENGELUAR komputer peribadi (PC), Lenovo berhasrat memperkukuhkan kedudukannya sebagai pengedar komputer utama di negara ini menerusi pengenalan lebih banyak produk baru di pasaran tempatan dalam tempoh lima tahun.

Syarikat itu ketika ini menduduki tempat kedua daripada penguasaan pasaran di dunia meskipun berada dalam kedudukan teratas untuk dua segmen iaitu notebook komersial dan desktop semua dalam satu (AIO) di peringkat global.

Lenovo adalah pengeluar kedua PC terbesar dunia dengan menguasai 14 peratus pasaran di belakang Hewlett Packard (HP) yang memiliki 16.3 peratus pasaran keseluruhan PC.

Pengurus Negara Lenovo Malaysia, Khoo Hung Chuan berkata, syarikatnya akan mengeluarkan produk berinovasi tinggi yang mampu memberi masa depan lebih baik kepada pengguna.

“Kami mahu memperbaiki kedudukan sebagai peneraju pasaran komputer di negara ini dengan memperkenalkan lebih banyak model baru tahun ini dan berikutnya selari dengan perkembangan teknologi semasa,” katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas mengenai jumlah PC yang bakal diperkenalkan Lenovo tahun ini.

“Kami mahu memastikan produk yang ditawarkan bersesuaian dengan kehendak pengguna, namun pada masa sama mementingkan teknologi tinggi,” katanya selepas majlis makan tengah hari sempena Tahun Baru Cina 2012 di Kuala Lumpur, semalam.

Bersempena dengan majlis itu, Lenovo turut memperkenalkan beberapa produk baru daripada segmen notebook, desktop dan tablet yang bakal dipasarkan sepanjang tahun.

Ia termasuk produk AIO IdeaCentre B520, B320 dan C320 pada harga dari RM1,799 dan RM4,199 manakala dua tabletnya, IdeaPad Tablet A1 dan ThinkPad Tablet dijual pada harga RM799 dan RM2,199.

Sementara itu, produk ultrabook Lenovo iaitu IdeaPad U300s dan U300e dipasarkan pada harga RM3,399 dan RM2,899. -hmetro

Pusat digital RM52j
PUSAT Rekabentuk Kejuruteraan Digital (DEDC) pertama di negara ini yang dilancarkan syarikat penyelesaian kejuruteraan tempatan, DreamEDGE Sdn Bhd (DreamEDGE) semalam bakal melahirkan kira-kira 500 jurutera digital profesional dalam tempoh lima tahun akan datang.

Pembukaan pusat digital serba canggih dengan pelaburan RM51.8 juta itu bukan saja membantu melahirkan tenaga kerja tempatan dalam bidang kejuruteraan digital, malah mampu menarik pelaburan asing dan tempatan yang ingin mendapatkan kepakaran dalam bidang teknologi tinggi itu.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Mukhriz Mahathir berkata, ketika ini syarikat berkenaan berupaya melahirkan kira-kira 250 jurutera digital mahir dalam tempoh dua tahun akan datang dan percaya pelancaran pusat itu dapat membantu hasrat negara menceburi industri perkhidmatan kejuruteraan global.

“Secara keseluruhan, nilai pasaran tempatan industri berkenaan hanya sekitar RM20 juta setahun namun, ia mempunyai prospek pertumbuhan yang besar.

“Saya berharap lebih banyak syarikat tempatan dapat membabitkan diri dalam industri ini bagi menembusi nilai pasaran global industri ini yang bakal mencecah RM2.99 trilion menjelang 2020,” katanya pada sidang media selepas melancarkan DEDC di Taiping, Perak.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Perak, Datuk Mohamad Zahir Khalid; Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Datuk Redza Rafiq Abdul Razak; Ketua Pegawai Eksekutif DreamEDGE, Khairil Adri Adnan serta Presiden Digital Process Ltd Jepun (Digital Process), Ryuichi Yamada.

Katanya, DEDC diwujudkan hasil perkongsian bersama NCIA dan DreamEDGE membabitkan pelaburan kira-kira RM51.8 juta serta dibangunkan dengan kerjasama syarikat kejuruteraan digital dari Jepun, Digital Process.

Pusat yang beroperasi di Menara KamalBina di Taman Tasik Taiping itu dilengkapi peralatan kejuruteraan digital terkini serta berupaya menempatkan seramai 90 jurutera dalam satu masa.

Mukhriz berkata, kerjasama diwujudkan dengan syarikat dari Jepun ini boleh dianggap satu kejayaan besar buat syarikat tempatan kerana kebiasaannya negara berkenaan jarang berminat dengan negara membangun seperti Malaysia. -hmetro

Lancar perang judi online
PETALING JAYA: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya melancarkan perang habis-habisan ke atas pihak yang menjadikan premis mereka sebagai lokasi perjudian Internet berikutan bilangan premis yang dikenal pasti menjalankan aktiviti haram itu berada pada tahap membimbangkan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata pihaknya mempertingkatkan pemantauan dan operasi penguatkuasaan secara komprehensif dalam membanteras aktiviti perjudian Internet yang semakin menular di seluruh daerah ini.

Menurutnya, ancaman perjudian Internet haram ini begitu serius dan tiada cara lain kecuali memerangi habis-habisan lubuk yang menjadi sarang perjudian ini.

“Polis memandang serius aktiviti judi siber dan pengoperasian pusat judi di sekitar daerah ini menyebabkan kami membuat serbuan setiap hari bagi memastikan aktiviti haram berkenaan dihapuskan.

“Langkah itu dilakukan kerana sebelum ini banyak operasi secara berkala dijalankan bagi membendung masalah ini tetapi apabila kami rampas komputer dan peralatan lain hari ini kemudian esok lusa mereka buka semula,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan seorang remaja yang menghidap penyakit barah tulang, Noor Raihana Batturul Saman, 14, yang berhasrat menjadi polis. Kedatangan remaja berkenaan yang dikesan menghidap penyakit itu sejak setahun lalu ke IPD Petaling Jaya, diatur Persatuan Make-A-Wish Malaysia. -hmetro

Incoming search terms:

perang cafe cyber

Internet sumbang 4.1% KDNK
PENGGUNAAN Internet di Malaysia menyumbang sehingga 4.1 peratus dalam keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 2010, melebihi angka yang dicatatkan negara membangun seperti Amerika Syarikat (3.8 peratus) dan China (2.6 peratus).

Menurut kajian firma penyelidik McKinsey dan syarikat teknologi maklumat Google, perkembangan pesat Internet menjadi salah satu industri utama di Malaysia yang menyumbang sehingga RM30 bilion kepada keseluruhan KDNK bernilai RM738 bilion. Ketua McKinsey & Company, Nimal Manuel berkata, ini sekali gus menempatkan Malaysia antara 30 negara berkembang pantas dan penting bagi masa depan Internet. “Berdasarkan penyelidikan, kami menjangkakan Malaysia melihat peningkatan nilai aktiviti domestik berdasarkan Internet yang menyumbang kepada ekonomi negara dalam tempoh tiga tahun akan datang,” katanya.

“Kadar penembusan Internet di Malaysia berganda antara 2008 dan 2010, namun Internet masih banyak potensi yang belum diterokai,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, sebagai contoh, walaupun perniagaan di Malaysia menjual lebih banyak produk atau perkhidmatan secara online berbanding negara lain, dari segi pengiklanan ia masih jauh berbeza. Penyelidikan dinamakan ‘Online and Upcoming: The Internet’s Impact on Aspiring Countries’ turut dihadiri Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang dan Pengurus Negara Google Malaysia Sajith Sivanandan. -hmetro

Intellinus sasar jual sejuta unit
INTELLINUS Sdn Bhd (Intellinus), pengeluar komputer berjenama Intellinus (www.intellinus.com.my) dijangka mencapai sasaran jualan sejuta unit komputer tablet keluarannya dikenali Intellinus Classmate PC menjelang akhir tahun ini.

Naib Presiden Pemasaran dan Jualannya, Hurul Ain Ibrahim berkata, sasaran berkenaan dijangka dapat dicapai khususnya dengan keistimewaan yang terdapat pada produk berkenaan terutama perisiannya.

“Intellinus Classmate PC berbeza dengan komputer riba atau tablet sedia ada di pasaran kerana ia mempunyai dua fungsi dalam satu peranti iaitu boleh menjadi komputer riba atau tablet bergantung kepada kehendak pengguna.

“Ia boleh diubah menjadi tablet berfungsi dengan menyentuh skrin, malah boleh digunakan sebagai komputer riba mengikut kehendak masing-masing,” katanya.

Menurutnya, produk itu sesuai digunakan sebagai alat bantuan mengajar kanak-kanak kerana ia didatangkan dengan perisian yang dapat membantu kemahiran menulis, mengira dan melukis.

“Perisian Pen Input Method dan ArtRage dapat menggalakkan kanak-kanak membina kemahiran menulis, melukis dan mengira menerusi kaedah lebih menyeronokkan.

“Malah, maklum balas daripada pelanggan sedia ada membabitkan guru juga mengakui produk ini banyak membantu sesi pengajaran dan pembelajaran khususnya di kalangan pelajar kelainan upaya (OKU),” katanya.

Selain perisian itu, ia dilengkapi Windows Journal yang dapat membantu penulisan nota menggunakan pen stylus dan MyKamus Dewan Pro yang turut membantu pencarian perkataan dalam tulisan jawi.

Hurul Ain berkata, sempena promosi pengenalan, pihaknya memberi tawaran istimewa apabila untuk pembelian lebih 1,000 unit, pihaknya menawarkan harga RM599 seunit, lebih 500 unit (RM799) dan bagi pembelian individu, harga yang ditawarkan adalah RM999.

“Tawaran ini terhad untuk tempahan sehingga 28 Februari ini dan selepas tempoh itu ia akan dijual pada harga RM1,799,” katanya. -hmetro

Incoming search terms:

intellinus

intellinus classmate pc com

intellinus sdn bhd

intellinus classmate facebook malay

intellinus classmate pc

intellinus classmate pc you tube

intellinus my

intellinus sdn bhd office tel

Teras dakwa wujud kes murtad akibat pengaruh Facebook
SHAH ALAM – Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menggesa agar Jawatankuasa Pusat Penguatkuasaan Undang-undang Syariah, yang penubuhannya diumumkan semalam, agar memberi perhatian serius ke atas punca gejala pemurtadan membabitkan umat Islam termasuk di kalangan golongan remaja menerusi laman Facebook.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, murtad tidak boleh hanya dilihat dari sudut undang-undang semata-mata, tetapi juga harus ditangani dari pelbagai faktor lain iaitu sosiobudaya, pendidikan dan ekonomi masyarakat.

“Kebiasaannya mereka yang menjadi mangsa murtad ialah apabila mereka didekati oleh pihak lain yang sememangnya mempunyai hasrat untuk mempengaruhi agar mangsa dimurtadkan,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Jawatankuasa Pusat Penguatkuasaan Undang-undang Syariah akan ditubuhkan bagi mempertingkatkan lagi penguatkuasaan enakmen berhubung penyebaran agama oleh bukan Islam kepada orang Islam.

Katanya, jawatankuasa itu akan memantau secara dekat pelaksanaan penguatkuasaan enakmen tersebut oleh jabatan agama Islam negeri masing-masing.

Sehubungan itu, Azmi menambah, jawantankuasa tersebut juga perlu memberi perhatian ke atas usaha mengkaji dan menyemak semua enakmen mengenai murtad.

“Ini adalah kerana ada negeri yang masih mempunyai kelonggoran dalam isu murtad sehingga pihak yang mahu memohon menukar nama dan agama dari Islam kepada bukan Islam boleh berbuat demikian di negeri tersebut,” katanya.

Azmi menambah, kini sudah wujud kes murtad golongan remaja hanya kerana terpengaruh dengan perhubungan dalam Facebook.

“Gejala perhubungan di luar pengetahuan ibu bapa dan guru telah mendedahkan remaja kepada penukaran agama tanpa diketahui oleh sesiapapun,” katanya lagi.

Beliau menambah, pihaknya sangat khuatir terhadap gejala mereka yang murtad, tetapi terus berpura-pura masih Islam.

“Kes ibu bapa dikejutkan dengan pengakuan anak-anak yang keluar dari Islam pernah berlaku dan hal ini sangat perlu diberi perhatian serius.

“Kami memandang serius gejala murtad yang berkembang di kalangan anak muda akibat masalah keluarga yang tidak dapat dikendali dengan baik,” katanya lagi.

Azmi berkata, beliau juga berpendapat adalah sangat penting jawatankuasa yang diwujudkan membantu negeri-negeri sama ada negeri yang sudah ada enakmen mengenai larangan menyebar agama lain dari Islam kepada orang Islam atau negeri yang masih belum ada enakmen berkenaan.

“Kerjasama bersepadu dengan semua agensi hendaklah dilakukan jika jawatnkuasa ini serius untuk mengatasi gejala murtad ini,” katanya lagi.

Malah menurut beliau, isu penguatkuasaan undang-undang perlu diatasi segera kerana ia akan memberi imej kepada wibawa pihak berkuasa agama.

“Jika enakmen yang ada tidak dikuatkuasa walaupun sudah terbukti pihak yang terbabit bersalah maka enakmen dan agensi yang ujud akan menjadi momokkan masyarakat,” katanya lagi. -sinarharian

eBay lelong kasut Gillard
Lelongan kemudian ditarik balik kerana langgar syarat jual beli online

SYDNEY: Sebelah kasut Perdana Menteri Australia Julia Gillard yang hilang ketika beliau dibawa ke kereta oleh pengawal peribadi mendapat tawaran sebanyak Aus$2,000 (RM6,466) dalam lelongan sebelum ia ditarik daripada laman web lelongan, eBay, semalam.

Kasut berwarna biru itu dilaporkan sudah dipulangkan kepada pemimpin Australia itu selepas tertanggal daripada kakinya kelmarin di Canberra ketika beliau lari daripada penunjuk perasaan hak asasi pribumi negara itu.

Selepas kejadian itu berlaku, seorang aktivis mengambil kasut itu dan berkata tidak akan memulangkannya.

“Beliau tidak boleh mendapatkannya kembali, ia akan dilelong dalam eBay,” katanya memberitahu wartawan. Laman web itu menyenaraikan kasut yang hilang dengan memulakan lelongan pada harga Aus$148 (RM478).

“Anda melelong kasut terpakai. Tolong ingat, ini juga sebelah kasut bukannya sepasang, jadi sukar untuk menggunakannya melainkan anda perdana menteri,” kata aktivis itu yang dipetik Sydney Morning Herald.

Tetapi, iklan kasut itu hanya berada dalam lelongan online selama 25 minit sebelum eBay menarik balik tawaran berkenaan kerana bimbang ia adalah penipuan.

Mengikut syarat eBay, pihak yang menjual hanya boleh menyenaraikan barang milik mereka atau pemilik sudah memberikan kebenaran untuk menjualnya.

“Kami tahu pemiliknya adalah perdana menteri. Penjual tidak membuat tawaran sebelum memperoleh kebenaran, jadi kami gugurkan iklan itu,” kata jurucakap eBay memberitahu akhbar.

Sementara itu, wakil penduduk pribumi Australia menyerahkan kasut Gillard kepada pengawal keselamatan di luar Parlimen negara itu. Kasut itu dipercayai dihantar dengan kereta.

Gillard dan pemimpin pembangkang, Tony Abbott dibaik keluar anggota keselamatan dari sebuah restoran di Canberra selepas tempat itu dikepung aktivis pribumi.

Ulasan Abbott bahawa khemah sebagai kedutaan penduduk pribumi di luar Parlimen sejak 40 tahun lalu sebagai tidak perlu lagi wujud, mencetuskan reaksi marah aktivis pribumi. – AFP/Agensi

Tinggal nota dalam Facebook sebelum bunuh diri
DETROIT: Sejurus sebelum membunuh diri, seorang ibu muda memuat naik gambarnya dalam keadaan menyeramkan di Facebook. Berasal dari Michigan, Cynthia Lee, 23, bergambar bersama rakannya yang memegang sabit dalam gambar sempena Halloween.

Mereka digambarkan berlumuran darah dalam gambar berkenaan. Kata Cynthia, kesedihan akibat kematian ibunya terlalu berat untuk ditanggung. Dia menamatkan nota bunuh diri itu dengan berkata: “Mak, saya datang.” Ibu Cynthia mati pada 2007 ketika baru berusia 35 tahun. Cynthia juga dikatakan tertekan apabila teman lelakinya, Ryan Jason Hardwick, ditangkap pihak berkuasa baru-baru ini.

Sementara itu, polis berkata, Cynthia menembak dirinya sejurus selepas mengemas kini statusnya dalam Facebook di rumah datuknya, ketika ahli keluarganya ada di situ. – DM