Client Login Client Area   |   Phone 09-7430977

Teknologi baru punca mutu penggunaan bahasa kebangsaan merosot

KOTA KINABALU: Kemerosotan mutu penggunaan bahasa kebangsaan sama ada dalam komunikasi rasmi atau tidak berpunca daripada perkembangan dan pengaruh teknologi baru dalam bidang komunikasi dan maklumat, kata Ketua Menteri Datuk, Seri Musa Aman.

Beliau berkata, berdasarkan kajian perkembangan teknologi baru itu, ia memberikan kebebasan kepada pengguna bahasa kebangsaan untuk mengetepikan sistem bahasa yang standard.
“Ini termasuk bahasa Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), bahasa sembang Internet dan bahasa rojak yang sering dipaparkan dalam komuniksi rasmi atau tidak rasmi di samping penggunaan bahasa yang tidak tepat dalam media cetak dan elektronik,” katanya dalam ucapan pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 Peringkat Negeri Sabah di Dewan Besar, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini, hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Yahya Hussin.

Musa berkata, walaupun rakyat negara ini digalakkan menguasai seberapa banyak bahasa asing demi pemantapan ilmu, namun penguasaan bahasa kebangsaan tidak harus diketepikan.

Beliau menyeru semua pihak sama ada secara individu, institusi kekeluargaan, institusi politik, ekonomi, sosial dan budaya agar sentiasa memberikan sokongan padu kepada perjuangan dan tanggungjawab untuk memantapkan penggunaan dan kemahiran berbahasa di kalangan rakyat pelbagai peringkat. – BERNAMA

About the Author
ejoe akman adalah founder ejoeSolutions. Berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang pembangunan web & pembangunan sistem online menggunakan PHP & MySQL.

Leave a Reply

Dapatkan tips-tips pembangunan laman web & promosi terkini dari kami!

ejoeSolutions adalah satu-satunya syarikat web hosting & rekabentuk laman web di Kelantan. Berikut perkhidmatan yang kami tawarkan:

  • Rekabentuk Laman Web
  • Hosting & Domain
  • Latihan ICT
  • Penyewaan Bilik Training
  • Marketing Melalui Facebook
[X] Close this popup

Your Information will never be shared