Client Login Client Area   |   Phone 09-7430977
09
OCT
2011

Skim Gerbang Az-Ziwaj beri manfaat

KOTA BHARU – Skim Gerbang Az Ziwaaj yang merupakan insentif perkahwinan yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri di negeri ini memberi manfaat kepada pasangan pengantin yang tidak mempunyai cukup kewangan tetapi ingin berumah tangga.

Klik untuk besarkan gambar
jata kelantan

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, melalui skim ini dapat mengelakkan pasangan muda yang ingin berkahwin, tetapi tidak mempunyai perbelanjaan yang cukup menangguhkan perkahwinan dan ia boleh dilaksanakan segera bagi memudahkan urusan terbabit.

Skim Gerbang Az-Ziwaj beri manfaat kepada bakal pengantin

“Di negeri ini kita wujudkan skim ini supaya dapat memberikan kemudahan kepada mana-mana bakal pengantin yang tidak berkemampuan, tetapi ingin berkahwin iaitu dengan perbelanjaan RM1,000.

“Diharapkan skim ini dapat memberikan kemudahan dan manfaat kepada semua pasangan baru dan yang melangsungkan perkahwinan,” katanya.

skim gerbang az ziwaj

Nik Aziz berkata, pada zaman beliau dulu tiada kemudahan seumpama ini seperti yang diberikan melalui pemerintahan Kerajaan Negeri.

“Sesungguhnya apa yang ada sekarang ini amat bermakna dan rakyat harus bersyukur dengan apa yang diwujudkan oleh Kerajaan negeri melalui pemerintahan pucuk pimpinan Pas yang terus membantu umat Islam termasuk golongan yang memerlukan.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Cakna Rakyat Dun Kijang di perkarangan Padang Masjid Teluk Kitang, Pengkalan Chepa, semalam.

Majlis terbabit dihadiri oleh lebih 500 penduduk di kawasan terbabit di samping Unit Peti Undi (UPU) yang turut bertanding di Dun berkenaan.

Turut hadir, Pegawai peribadinya Hassan Mamat serta wakil jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO, Safirudin Mohd Nasir. -sinar harian

About the Author
ejoe akman adalah founder ejoeSolutions. Berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang pembangunan web & pembangunan sistem online menggunakan PHP & MySQL.

Leave a Reply

*

captcha *

Dapatkan tips-tips pembangunan laman web & promosi terkini dari kami!

ejoeSolutions adalah satu-satunya syarikat web hosting & rekabentuk laman web di Kelantan. Berikut perkhidmatan yang kami tawarkan:

  • Rekabentuk Laman Web
  • Hosting & Domain
  • Latihan ICT
  • Penyewaan Bilik Training
  • Marketing Melalui Facebook
[X] Close this popup

Your Information will never be shared