Client Login Client Area   |   Phone 09-7430977

Samsung Galaxy tidak sehebat iPad

Posted By :
Comments : 0

LONDON: Syarikat Korea Selatan, Samsung semalam memenangi kes paten terhadap syarikat pesaing dari Amerika Syarikat, Apple apabila seorang hakim Britain memutuskan, tablet Samsung Galaxy tidak cukup ‘hebat’ sehingga boleh dikelirukan dengan iPad yang dikeluarkan Apple.

Klik untuk besarkan gambar
ipad 2

Mahkamah Tinggi Britain memutuskan tablet Galaxy yang dikeluarkan Samsung, syarikat elektronik terbesar di dunia, tidak melanggar reka bentuk yang didaftarkan oleh Apple dan pengguna tidak mungkin terkeliru dengan tablet iPad.

“Mereka tidak mempunyai ciri-ciri menonjol dan kemudahan ekstrim seperti yang dimiliki oleh Apple,” kata Hakim Colin Birss dalam keputusannya.

iPad menguasai kira-kira 65 peratus pasaran komputer tablet dunia dengan Samsung Galaxy, enam peratus, menurut laporan penyelidik pasaran, ABI dan IHS.

Seorang jurucakap Samsung berkata, pihaknya menyambut baik keputusan mahkamah dan memberi amaran kepada pesaingnya supaya tidak lagi mengambil tindakan undang-undang.

“Sekiranya Apple terus membuat tuntutan undang-undang berlebihan di negara lain mengenai reka bentuk generik, inovasi dalam industri akan terjejas dan mengehadkan pilihan pengguna,” katanya.

Apple dan Samsung terbabit dalam tindakan undang-undang berhubung paten di mahkamah antarabangsa. – AP

About the Author
ejoe akman adalah founder ejoeSolutions. Berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang pembangunan web & pembangunan sistem online menggunakan PHP & MySQL.

Leave a Reply

Dapatkan tips-tips pembangunan laman web & promosi terkini dari kami!

ejoeSolutions adalah satu-satunya syarikat web hosting & rekabentuk laman web di Kelantan. Berikut perkhidmatan yang kami tawarkan:

  • Rekabentuk Laman Web
  • Hosting & Domain
  • Latihan ICT
  • Penyewaan Bilik Training
  • Marketing Melalui Facebook
[X] Close this popup

Your Information will never be shared