Satu syarikat IT tempatan, Tricubes Bhd akan melaburkan RM50 juta untuk menyediakan akaun email 1Malaysia kepada semua warga Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas. Pelaburan bagi Projek Email 1Malaysia itu adalah bagi menyediakan akaun email kepada semua warga Malaysia untuk urusan rasmi dengan kerajaan.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] email 1malaysia

Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak ketika merasmikan projek berkenaan hari ini berkata, emel berkenaan akan membolehkan komunikasi secara langsung dan selamat di antara rakyat dan kerajaan.Ia juga bertujuan untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada pengguna dan juga warga niaga.

Ditanya sekiranya projek berkenaan akan bertembung dengan perkhidmatan dalam talian lain seperti MyEG, Tricubes berkata projek berkenaan berbeza daripada inisiatif sedia ada. Ketua pegawai eksekutifnya Khairun Zainal Mokhtar berkata, berbeza dengan perkhidmatan bayaran dalam talian MyEG, perkhidmatan melibatkan email baru itu akan melibatkan penghantaran notis dan bil.

Satu keterangan yang diperolehi media berhubung projek berkenaan menyebut, Projek Emel 1Malaysia juga akan menyediakan perkhidmatan untuk menyemak bil dan bayaran.

Khairun berkata, syarikat berkenaan akan memiliki portal dan infrastruktur emel berkenaan sebaik saja ia siap pada Julai.

Alamat URL email 1Malaysia

Email 1Malaysia boleh diekses melalui URL berikut myemail.my

admin
admin

1 Comment

  1. Emel 1Malaysia bukan percuma sepenuhnya | | ejoeSolutions
    21/04/2011

    […] telah banyak yang diperkatakan tentang bagaimana projek E-mel 1Malaysia adalah percuma dan tidak membabitkan dana kerajaan, tetapi satu kenyataan syarikat pengendalinya, […]

Would you like to share your thoughts?