Client Login Client Area   |   Phone 09-7430977

Penipuan Internet guna penamaan waris

KUALA LUMPUR 19 Okt. – Kisah mengenai mangsa penipuan Internet bukan lagi sesuatu yang baru kerana ia sering dilaporkan dalam akhbar dan media massa. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah berkata, pihaknya menerima enam aduan kes itu yang membabitkan kerugian mencecah ratusan ribu ringgit, sejak awal tahun ini.

Klik untuk besarkan gambar
penipuan internet

Murugiah yang juga Ketua Biro Pengaduan Awam (BPA) percaya kesemua mangsa diperdaya oleh sindiket sama, dipercayai didalangi warga asing.

Penipuan Internet guna penamaan harta pusaka

“Mereka hanya mengubah sedikit modus operandi tetapi bentuk penipuan tetap sama. Terbaru ada menggunakan taktik penamaan harta pusaka yang bernilai jutaan ringgit milik individu kaya di luar negara yang kononnya telah diwasiatkan kepada penerima (mangsa).

“Mengikut keterangan mangsa, mereka telah dihubungi menerusi e-mel atau panggilan telefon oleh seorang wanita yang mendakwa sebagai warga United Kingdom dan lama-kelamaan menjadi kawan. “Si penipu perlahan-lahan mencari peluang untuk mendekati mangsanya. Mereka melakukannya dalam tempoh sekurang-kurangnya empat bulan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat MIC, di sini hari ini.

Murugiah berkata, apabila hubungan kian rapat, kenalan tersebut akan menceritakan mengenai terdapat saudara terdekatnya yang kaya tetapi uzur, yang sangat meminati budaya dan orang di Malaysia.

“Ketika inilah si penipu mula mengorak langkah untuk memperdaya mangsa dengan memaklumkan bahawa mangsa mewarisi sejumlah harta bernilai jutaan ringgit ditinggalkan si mati. “Mangsa diyakinkan dengan dokumen berkaitan dan dijanjikan menerima harta berkenaan menerusi perkhidmatan kurier,” katanya.

Beliau berkata, mangsa bagaimanapun diperlukan untuk membayar RM30,000 untuk kos penghantaran dengan mendepositkan wang ke dalam akaun bank milik individu tempatan.

“Mangsa kemudian diberi nombor siri untuk menuntut bungkusan harta berkenaan. Tidak berakhir di situ, mangsa dihubungi semula oleh syarikat kurier kononnya bungkusan ditahan pihak kastam dan perlu menjelaskan antara RM30,000 dan RM70,000 bagi menebus,” katanya.

Murugiah berkata, setelah membuat semua bayaran itu, mangsa tidak dapat lagi menghubungi suspek atau dimaklumkan kotak tersebut dicuri pihak kastam kerana mengandungi barangan dan wang tunai. -Utusan

About the Author
ejoe akman adalah founder ejoeSolutions. Berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang pembangunan web & pembangunan sistem online menggunakan PHP & MySQL.

Leave a Reply

Dapatkan tips-tips pembangunan laman web & promosi terkini dari kami!

ejoeSolutions adalah satu-satunya syarikat web hosting & rekabentuk laman web di Kelantan. Berikut perkhidmatan yang kami tawarkan:

  • Rekabentuk Laman Web
  • Hosting & Domain
  • Latihan ICT
  • Penyewaan Bilik Training
  • Marketing Melalui Facebook
[X] Close this popup

Your Information will never be shared