Client Login Client Area   |   Phone 09-7430977

Pakej nikah Siam guna internet

Kota Bharu: Pakej nikah siam menerusi internet kini semakin bercambah dengan lebih 10 laman web dikesan menawarkan perkhidmatan itu dengan bayaran serendah RM1,250. Antara pakej yang diiklankan ialah Urusan Khidmat Nikah Kahwin Pakej Poligami Kadi Wali Hakim Di Thailand Siam dan Perkhidmatan Sah Kahwin Lari Siam Nikah Senyap Thai Poligami Bukan Sindiket. 

Klik untuk besarkan gambar
pakej nikah siam

“Saya bukan berniat menggalakkan masyarakat kita berkahwin di negara jiran dan melanggar peraturan negara ini, namun ia satu cara mengelakkan mereka melakukan maksiat,” – Hisham (bukan nama sebenar), seorang ejen.

Pelanggannya pula termasuk golongan profesional dan ahli perniagaan berpangkat Datuk, artis dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT).

Pakej lengkap nikah di selatan thai

Pakej itu merangkumi pengangkutan dari lapangan terbang, melepasi pintu sempadan Malaysia-Thailand, khidmat nasihat mengenai dokumen penting, pasport, penginapan hotel, makan dan minum sehinggalah ke lokasi sama ada di Narathiwat, Songkla atau Yala.

Seorang ejen, Hisham (bukan nama sebenar), 37, dari daerah ini yang ditemui BH mengaku mula menawarkan pakej itu sejak beberapa tahun lalu dengan mengiklankan perkhidmatannya menerusi internet. Tanpa berselindung, Hisham berkata, secara purata dia menguruskan 30 pasangan setahun ke Selatan Thailand dan mengenakan bayaran RM1,500 bagi setiap pasangan.

“Bayaran ini cukup murah jika dibandingkan dengan ejen lain yang mengenakan bayaran sehingga lebih RM4,000,” katanya.

Hisham mengakui sering dilemparkan kata sinis dan kasar menerusi komen dalam Facebooknya terutama oleh wanita, namun ia tidak menghalangnya untuk terus menawarkan perkhidmatan itu.

Baginya, apa yang dilakukan bertujuan ikhlas dan mahu mengelak orang Islam terjebak dengan maksiat.

“Saya bukan berniat menggalakkan masyarakat kita berkahwin di negara jiran dan melanggar peraturan negara ini, namun ia satu cara mengelakkan mereka melakukan maksiat,” katanya.

Dia yang berkahwin dengan wanita warga Thailand dan mempunyai tiga anak hasil perkahwinan itu berkata, kebanyakan pasangan mendapatkan perkhidmatannya berusia 35 hingga 50 tahun atas tujuan berpoligami.

Antara pelanggannya termasuk golongan profesional berpangkat Datuk, artis dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT). -BH

Antara website pakej nikah siam

- http://wanzarma.blogspot.com/
- http://nikahkahwindithailand.blogspot.com/

About the Author
ejoe akman adalah founder ejoeSolutions. Berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang pembangunan web & pembangunan sistem online menggunakan PHP & MySQL.

Leave a Reply

Dapatkan tips-tips pembangunan laman web & promosi terkini dari kami!

ejoeSolutions adalah satu-satunya syarikat web hosting & rekabentuk laman web di Kelantan. Berikut perkhidmatan yang kami tawarkan:

  • Rekabentuk Laman Web
  • Hosting & Domain
  • Latihan ICT
  • Penyewaan Bilik Training
  • Marketing Melalui Facebook
[X] Close this popup

Your Information will never be shared