Client Login Client Area   |   Phone 09-7430977
19
JUL
2012

Lebih sejuta laman web porno dikekang

JAKARTA: Menjelang bulan Ramadan, Kementerian Komunikasi dan Maklumat menjalankan operasi secara besar-besaran membanteras laman web porno.

Klik untuk besarkan gambar
laman web porno

Menterinya, Tifatul Sembiring semalam berkata, pejabatnya telah menutup lebih satu juta laman porno baru-baru ini, yang semuanya beroperasi dari luar negara dan mensasarkan lebih banyak laman pada bulan depan. “Kami akan menyekat lebih banyak laman porno ketika Ramadan walaupun ia tidak bermakna kami akan membenarkan laman seumpamanya beroperasi pada waktu lain sepanjang tahun,” katanya kepada wartawan di pejabatnya.

2 billion laman web porno

Ahli politik daripada Partai Keadilan Sejahtera (PKS) itu mendedahkan terdapat kira-kira dua bilion laman web yang mempunyai kandungan pornografi. Menurutnya, pembabitan masyarakat dalam mengekang pornografi Internet adalah penting.

“Saya menyeru rakyat dari mana saja supaya memaklumkan kepada kami jika mereka menemui sebarang laman web porno, supaya kami dapat memeriksanya. Pornografi Internet adalah satu industri dan produsernya selalu mencari cara baru untuk mengelak daripada dikesan.

“Oleh itu, kami juga sedang membentuk kemahiran untuk menangani mereka,” katanya. – Jakarta Post

About the Author
ejoe akman adalah founder ejoeSolutions. Berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang pembangunan web & pembangunan sistem online menggunakan PHP & MySQL.

Leave a Reply

*

captcha *

Dapatkan tips-tips pembangunan laman web & promosi terkini dari kami!

ejoeSolutions adalah satu-satunya syarikat web hosting & rekabentuk laman web di Kelantan. Berikut perkhidmatan yang kami tawarkan:

  • Rekabentuk Laman Web
  • Hosting & Domain
  • Latihan ICT
  • Penyewaan Bilik Training
  • Marketing Melalui Facebook
[X] Close this popup

Your Information will never be shared