ejoeSolutions » Blog » How to Host a Subdomain on Another Server or Hosting Company
How to Host a Subdomain on Another Server or Hosting Company

Ada customer tanya boleh tak kita host subdomain dekat hosting/server lain. Kenapa perlu host subdomain ke tempat lain? Jawapannya mudah, mungkin customer tadi taknak guna space di hosting sedia ada dan mahu menggunakan server lain untuk image, video atau sebagainya.

Sebenarnya ia bergantung kepada syarikat provider kita samada membenarkan kita edit DNS record. Kalau ada function ini dalam cpanel maknanya anda boleh host subdomain di tempat lain. Langkah pertama adalah kita perlu tahu IP server untuk host subdomain tersebut. Semasa akaun ingin dibuat di hosting baru kita perlu menggunakan subdomain.

Langkah seterusnya login ke cpanel hosting anda. Klik pada Simple DNS Zone Editor. Anda perlu memilih domain terlebih dahulu jika terdapat banyak domain dalam hosting anda (addon domain). Masukkan subdomain anda dalam Name dan IP server baru dalam ruang Address (bawah kategori Add an a Record). Klik pada butang Add a Record. Tahniah anda telah berjaya!


Comments

Related Posts

 
Sedikit Pengenalan Mengenai Syarikat ejoeSolutions
 
Become A Facebook Fan ejoeSolutions & get Rebate


Leave a Reply

Name
(* required)
Email Address
( * required - will not be published)
Web Site
Comment
(* required)