ejoeSolutions » Blog » ejoeSolutions sediakan tempat praktikal untuk pelajar
ejoeSolutions sediakan tempat praktikal untuk pelajar

Kami dengan rasminya menyediakan tempat untuk pelajar menjalankan Latihan Praktikal / Latihan Industri / Industrial Internship Training Programmer kepada semua pelajar dalam bidang Sains Komputer, Multimedia atau yang berkaitan dengan core business kami iaitu Web, Hosting & Training. Kami juga menerima pelajar dalam bidang Marketing.

Oleh kerana kami merupakan syarikat kecil di Kota Bharu Kelantan, kami hanya boleh mengambil maksimum 3 hingga 4 pelajar pada satu-satu masa. Tiada elaun diperuntukkan kecuali pelajar terbabit dengan projek-projek secara lansung dengan pelanggan kami.

Waktu bekerja bagi pelajar praktikal adalah dari ahad sehingga khamis bermula jam 9 pagi hingga 5 petang. Waktu rehat adalah dari jam 1 hingga 2 petang. Jumaat & sabtu adalah cuti.

Untuk memohon, pelajar mestilah menghantar resume ke alamat career[@]ejoesolutions.com (Sila masukkan portfolio jika ada). Keutamaan diberi kepada pelajar dari Kelantan yang progresif, mahu belajar & berdisiplin. Pastikan bakal pelajar praktikal menjadi Facebook Fan ejoeSolutions terlebih dahulu sebelum menghantar permohonan.

Selain ejoeSolutions, syarikat lain yang menawarkan latihan praktikal kepada pelajar boleh didapati pada pautan ini.

 


Incoming search terms:


Comments

Related Posts

 
Tempat praktikal di Kota Bharu dalam bidang IT

10 Comments (Leave a Reply)

  1. fatehah (26/01/2011)

    salam…tempat utk praktikal thn nie (2011) blh apply lg x? sy dr degree sains computer (media interaktif)-utem

  2. admin (26/01/2011)

    bleh..send resume yer

  3. hanini (10/02/2011)

    student network(unikl) diterima tak untuk praktikal?utk julai 2011.

  4. admin (10/02/2011)

    Hantar resume to career[@]ejoesolutions.com

  5. habsah (30/04/2011)

    salam…nak tanye, kat sini still bukak lagi x pratikal untuk student???saye student HND in computing…

  6. habsah (30/04/2011)

    HND stand for higher national diploma

  7. ain dzaya (17/10/2011)

    salam..di sini terima pelajar praktikal tak?
    saya bakal menjalani praktikal selama 6 bulan pada april 2012- august2012..saya mengambil jurusan Diploma bangunan, Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur di UiTM Sri Iskandar.

  8. admin (17/10/2011)

    harap maaf kami hanya menerima pelajar praktikal dalam bidang Sains Komputer & IT sahaja. TQ

  9. Neoscomeyl (13/12/2011)

    company ni ade bagi elaun x?

  10. admin (14/12/2011)

    Semua soalan sudah dijawab di bahagian atas..Sila baca dengan teliti.TQ



Leave a Reply

Name
(* required)
Email Address
( * required - will not be published)
Web Site
Comment
(* required)